Thursday, May 14, 2009

YANG AKU FAHAM TENTANG NYA...

ha, kan betul, lepas keluar pantun seloka tu, ramai yang reply, ada suka, ada setuju, ada bangkang, adatlah, aku tak kisah, sebab aku faham, tak kan semua orang nak sokong dah setuju membuta tuli, lalu, aku pun dengan rajinnya menulis jawab balas bagi persoalan tersebut, peh.. tak sangka camni punya panjang...

untuk menjawabsoalan-soalan yang sebegini memerlukan saya membuat'homework' sikit supaya penyampaian saya jelas.Apapun, terima kasih kerana sudi membaca seloka sayadan bertanya perkara yang kurang difahami.

Saya akan cuba menghuraikan secara yang paling mudah danberharap agar ianya boleh menjelaskan apa-apa yangkurang dan kalau masih ada yang kurang jelas, selagi saya boleh bantu, saya akan. Kiranya saya sendiri kurang maklumat, atau saya sendiri tidak pasti, akan saya rujuk kepada yang lebih arif.

Surah Al-ALAQ (Sebuku darah) [Ayat:1 - 19]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi MahaMengasihani.

[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yangmenciptakan (sekalian makhluk),[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidakdiketahuinya.
[6] Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetapmelampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7] Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apayang dihajatinya.
[8] (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempatkembali (untuk menerima balasan).
[9] Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang(dan menghalang) -
[10] Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakansembahyang?
[11] Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada diatas jalan yang betul? -
[12] Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukansyirik)?
[13] Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan boleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14] Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15] Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
[16] Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17] Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18] Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah(untuk menyeksanya)!

[19] Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad)menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Surah yang mula-mula turun kepada junjungan besarNabi Muhammad S.A.W didalam gua Hirak dalam negeri Mekah).

QRA' .. IQRA' .. IQRA'.. begitulah 3 x Jibril menyeruagar Rasullah S.A.W membaca dan seterusnya..Begitu jugalah rasanya yang patut kita lakukan ..BACALAH, BACALAH, BACALAH..

Maksud saya ialah hendaknya kita membaca berulangkaliuntuk memahami.-

Kali pertama mungkin baca sekali lalu.-
Kali kedua untuk mengetahui apa disebaliknya (yangtersurat dari yang tersirat).-
Kali ketiga untuk memahaminya.

Walaubagaimanapun terima kasih kepada saudara dan rakan netters lain yang memahami kepada yang terkeliruatau merasa apa yang saya cuba sampaikan itu terpesong dan boleh merosakkan akidah, saya minta maaf banyak-banyak dan insyallah seboleh mungkin saya akan cuba perjelaskan dan menjernihkan kekeliruan.

Ada antara netters (email personal kepada saya) tak begitu setuju nak sampaikan mesej/berdakwah melalui seloka dan yang seangkatan dengannya itu, o.k lah..itu hak masing-masing. Saya hormati pendirian warga RJ semua.Walaubagaimanapun, apa bezanya dengan berzanji/marhaban/nasyid-nasyid? memuji keagungan Allah S.W.T dan Rasullah S.A.W?. Hatta Iman Syafie sendiri bersyair?!.

Satu kisah, pada suatu hari Rasullah S.A.W dan para sahabat sedang berkumpul serta berbincang.. bagaimanacara paling sesuai untuk memanggil orang bagimendirikan solat. Ada yang menyuruh memukul gendang,meniup seruling, membunyikan loceng sebagaimanaorang-orang kafir/jahiliah mengumpulkan pengikut-pengikut mereka untuk menyembah berhala. Dalam perbincangan itu Baginda bersetuju dengan satu cadangan agar dilaungkan azan. Lalu baginda menyuruh seorang sahabat memanggil Bilal agar dapat baginda mengajar Bilal bagaimana untuk melaungkan azan. Kenapa Bilal terpilih.. kerana kemerduan suaranya. Kenapa harus suara yang merdu? Kerana sifat manusia, hati akan tersentuh denganbunyi-bunyian yang indah-indah, bahasa-bahasa puitis dan menyasyikan.

Ingat kisah Omar Al-Khattab yang ingin membunuh adiknya yang telah memeluk Islam. Namun sebaik terdengar alunan suara adiknya yang membaca Al-Quran dan beliau memahami maksudnya, maka terhapuslah niat menentang Islam. Malah terus sahaja beliau mengucap shahadah. Wallahualam.

Nasyid/syair dll yang disampaikan untuk mengajak umat manusia mengenali seterusnya mempelajari lalu menyintai agama Agung ini adalah tidak bersalahan serta hukumnya harus selagi TIDAK MENGHAYALKAN SEHINGGA KITA LALAI MENGERJAKAN SURUHAN TUHAN.Lagipun, itu satu cara berdakwah. Contohnya, seorang anak kecil disuruh menghafal sifat 20. Mungkin dalammasa 7 - 15 hari dengan cara biasa (kerana sebutan arab agak sukar bagi mereka). Tapi cuba dinyanyikan/dinasyidkan. Insyallah, pasti si anak seronok mengulang-ulangnya. Mungkin 4 - 7 hari diadapat mengingatinya dengan baik. Pengalaman saya,seorang anak kecil berusia 2 tahun 4 bulan dapat menyanyikan 'Tala'al badru a'laina' dengan betul rangkapnya cuma sedikit pelat pada tempat-tempat tertentu.

Setiap bangsa dan Agama ada bentuk hiburan yang tersendiri termasuk Islam dan kita menghayati hiburan dan menikmati keseronokan BERLANDASKAN HUKUM DAN SYARIAT. Begitu juga untuk saudara-saudara baru yang cuba-cuba mendekati Islam. Kalaulah hanya disuruh membaca segala kitab dan menghadiri semua ceramah/kuliah tanpa 'hiburan' seperti ini, tentu mereka tertekan, akhirnya mereka akan bosan serta merasakan yang Islam itu agama yang tegas dan serius sahaja. Segala yang ada unsur-unsur hiburan haruslah ditinggalkan, ini akan menyebabkan 'mereka hilang minat'.

Hatta membaca Al-Quran kita digalakan berlagu mengikut harakat. Apakah hikmahnya - nanti kitatanyakan ustaz Hassan Ashaari, tentang berapa banyak jenis lagu dan apakah rahsia disebaliknya.Sama juga, kita menyambut Syawal, kita akan bertakbir/bertahmid mengucap syukur kehadrat Ilahi(itukan syair dalam bahasa arab).

Apa pun :Dari Riwayat Al-Bukhari :-

Rasullah S.A.W bersabda 'sebahagian dari syair itu mengandungi hikmat dan nasihat. Bahkan tinta para penulis (yang berdakwah tentang Islam) akan ditimbang dengan darah para syuhadah.
Bersetuju dengan usul En Ahmad Firdaus agar menjelaskan seloka tersebut dalam bentuk tulisan. Mulanya sebagai orang yang menulis seloka tersebut,saya tidak nampak yang mana buat orang keliru (sementelah Saudara Firdaus tak highlightkan pointnya). Namun setelah lebih dari 3 x membacanya,saya terjumpa juga beberapa bait yang agak 'mengconfuse'kan orang.



Maklum kata orang tua-tua, yang menulis mungkin bermaksud lain (yang dia sendiri faham dan minta orang lain fahami) yang membaca menterjemahkan lain (mengikut apa yang dia fahami). Terima kasih kerana kesudian memberi teguran, Alhamdulillah saya diberi peluang menjelaskan keadaan.Yang sebetulnya, tidaklah sampai tujuan saya untuk menjadikan seloka tersebut bahan perbincangan yang panjang. Cuma niat menegur mereka-mereka yang masih meng'HALAM'kan (campuran antara HALAL dan HARAM fesyendan gaya) serta memandang ringan perintah dan tuntutan Agama. Itu saja, selebihnya terserah pada dirimasing-masing.

Bismillah, mari kita mulakan.
(Potongan rangkap seloka)

Jadi orang Islam ni beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Rangkap di atas sebenarnya telah saya huraikan untuk seorang netter (non-muslim) yang email terus padasaya. Beliau berminat untuk mendapatkan penjelasan maksudnya kerana beliau kurang faham. Disini, saya sertakan email penuh itu kerana terdapat kesinambungannya dengan huraian saya seterusnya.

Dalam menjalani perintah Tuhan (Allah S.W.T),hendaklah kita semua faham I, faham II dan faham III.

Ertinya, Faham I, ambil tahu, belajar dan fahami isi dan kandungan Al-Quran yang mana didalamnya telah difirmankan oleh Allah S.W.T tentang perintah agar menutup aurat.
Faham II, fahami kenapa orang-orang Islam itu wajib percaya dan mengikut suruhan dan perintah Tuhannya dengan iman (pengakuan/kepercayaan dengan hati,pengucapan dengan lidah dan pengamalan dengan anggota)dan takwa (taat dan patut dengan ikhlas dan pennuh kusyuk kerana takut akan Allah).

Faham III, fahami dan redha dan amalkan dengan betul dan bersungguh-sungguh serta mengikut cara yang benar dan tidak berlebih-lebihan.Menutup aurat itu hukumnya wajib (iaitu perintah yang mesti dilakukan, jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan akan berdosa) akan tetapi ia juga tidaklah dilakukan secara keterlaluan dengan PAKSAAN secara kasar atau sehingga boleh memudaratkan muslimah tersebut.Dalam Al-Quran telah Allah jelaskan dengan terang garis panduan dan cara yang bagaimana seorang muslimahitu patut menutup aurat seperti Faham II dan Faham III.

Redha (tidak rasa berat dan terpaksa atau susah) dan ini semua berlandaskan iman dan takwa. Tanpa iman dan takwa itulah yang jadi bila nak bertudung rasa nak buat tapi fesyen-fesyen semasa nak pakai juga. Nak ikut agama ini nanti tak boleh tu salah (kerana tak faham) maka akhirnya hasil yang anda lihat itulah dia,fesyen tudrat (bertudung sambil dedah aurat). Itulah dia yang sebenarnya. Islam menyuruh menutup aurat dengan cara yang diperjelaskan seperti diatas tadi dan tidak sampai menyusahkan hambanya.

Seperti kata seorang Ustaz kepada saya, fahaman dan penerimaan serta cara mengamalkan agama sebagaipegangan hidup umat Islam ini sebenarnya berbeza-bezadan lagi tingkat-tingkat dalam mempelajari danmemahami Islam juga berbeza-beza.

Seperti sekolah Darjah 1, Tingkat 1, Kolej -Universiti, dari tahap kertas peperiksaan biasa -sijil - diploma - PHD.Ertinya ada yang tahu sikit-sikit, banyak sikit, tahuseparuh-separuh, atau tak TAK TAHU LANGSUNG (walaupun dilahirkan sebagai Islam tak semestinya dia penganut yang baik).

Contoh : Katakan mata pelajaran SAINS,Darjah 1 kita diajar bahawa kita perlu udara untukbernafas. Jika tidak kita boleh mati.Tingkatan 1 kita diajar bahawa ianya oksigen akan masuk ke dalam paru-paru and so and so etc. Biladiperingkat U pula, kita akan mengkaji seluruhstruktur biologi tubuh manusia itu and etc. Sains itu sendiri berbagai bidang. Fizik, kimia, biologi, alam haiwan, manusia dan lain-lain.Kesimpulannya, fahaman kita semua berbeza-beza, jadi penerimaan atas satu-satu perkara itu, bukan terus diterima dengan begitu saja. Akan tetapi difikir/kaji/difahami barulah diterima pakai/dikritik atau dipinggirkan.


Juga lagi, dalam setiap kali itu pula, kita menerima dan membuat kesimpulan kepada sesuatu perkara itu sering berpandukan (peribadi kita), cara kita berfikir(+ve/-ve), tahap kefahaman (jelas/kurang/tak faham langsung), pendidikan (semakin tinggi tahap pendidikan mungkin memudahkan untuk kita memahami namun sebaliknya juga boleh berlaku kerana mereka-mereka itu mungkin hanya melebihkan akedemi dari pendidikan rohani (agama). Pengaruh asuhan(keluarga/persekitaran) amalan (gaya hidup) atau apa-apa yang telah kita terima dan diguna pakai sebelum-sebelum ini.-

Surah Al-Ahzaab [Ayat:59]- Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan orang-orang yang beriman, hendaklah mereka menutup kepala dan badan mereka dengan kain tudung/kerudung(jilbab) mereka. Yang demikian itu mereka mudah dikenali (sebagai wanita yang baik) dan tidak diganggu(oleh orang jahat). Allah pengampun lagi pengasih.-

Surah An-Nur [Ayat:31]Katakan, kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka merendahkan pandangannya, menjaga kehormatannya, janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang zahir darinya dan hendaklah mereka menutup kerudung kelehernya(melabuhkan paras tudung).

Dan janganlah ditunjuk/diperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki,yang perempuan, perempuan muslimat, hamba sahayanya,orang-orang yang mengikutnya diantara lelaki-lelakiyang tidak berhajat (syahwat) melihat aurat perempuan.Janganlah mereka berjalan sambil mengoyangkankakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yangtersembunyi (gelang kakinya). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.-

Dari tafsir Ibnu Abbas :-Rasullah S.A.W bersabda : bahawa apabila perempuan telah baligh, maka tidak patut dilihat tubuhnya selain ini dan ini (sambil mengisyaratkan kepada muka dan dua telapak tangannya).-

Surah An-Nur [Ayat:60]Perempuan-perempuan (tua) yang tiada haid dan tiada mengharap perkahwinan lagi, tidaklah mereka berdosa membuka pakaiannya (tidak bertudung) tanpa melahirkan perhiasan (berdandan), sedangkan memelihara kehormatannya (bertudung) lebih baik baginya.

Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.Huraian-huraian ini, dengan jelas dalam Al-Quran dan Hadis, Rasullah S.A.W dimana, diwajibkan kita menutup aurat dan telah digariskan yang mana satu yang bolehdan tidak. Tudung, skaf, kerudung, jilbab, hejab dan sebagainya adalah dimaksudkan dengan kain yang digunakan untuk menutup kepala. Yang membezakan hanyalah panggilan, saiz dan bentuk sehelai kain yangdigunakan untuk tujuan tersebut (menutup kepala).Allah menyeru hanya kepada orang-orang yang beriman.

Ertinya, seruan ini umumnya kepada semua umat Islam.Tapi Allah S.W.T tidak pula menyeru kepada orang-orang kafir dan Islam yang tidak beriman iaitu munafik/kufur/ engkar. Siapakah yang akan menurut perintah kecuali yang ada iman didada? sebagaimana rukun Iman yang 5, beriman kepada Allah, Malaikat, Rasul,Kitab-Kitab Allah, dan Hari Akhirat. Ertinya walaupun dia seorang muslim tapi tidak beriman, secara tidak langsung, ia tidak akan patuh dan heran dengan perintah Allah.Justeru, orang-orang yang tidak beriman (munafik,kufur, musyrik dan kafir) tidak akan menjalankan perintah Allah bahkan kalau adapun orang-orang Islam yang mengikut suruhan, inilah yang dimaksudkan HALAM iaitu mencampur adukkan yang halal dan haram atau mengikut perintah Allah mengikut kesesuaiannya atau separuh-separuh dimana yang dirasakan mereka selesa untuk mereka buat O.K mereka ikut, kalau tidak separuhjalan.

Dalam Al-Quran juga tidak ada ayat yang menyuruh kita membungkus diri (berselubung hingga tak nampak muka langsung atau memakai pakaian yang mengikut bentuk badan, melekap seperti getah). Yang disuruh dilabuhkan tudung, dilonggarkan potongan pakaian supaya tidak menimbulkan fitnah dan zina(mata/penglihatan).Andai ada yang mengatakan dengan berselubung dan menutup muka itu (Seperti kebanyakan wanita arab)barulah Islam, itu sudah menyimpang dari yang sepatutnya diikuti dalam amalan dan perintah Allah seperti :-

surah Al-Maaidah [Ayat:87]Hai orang-orang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik, yang telah dihalalkan oleh Allah bagimu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yangmelampaui batas.

Keterangan ayat 87 hal 166.Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik yang telah dihalalkan Allah untukmu, tetapi janganlah berlebih-lebihan (melampaui batas).Maka halal bagi kita memakan yang enak dan lazat rasanya. Tetapi jangan terlampau kenyang.

Asbab itu kita tidak boleh meninggalkan memakan daging dan sebagainya kerana semata-mata beribadat kepada Allah.Begitu juga tidak boleh mengharamkan perhiasan-perhiasan serta pakaian-pakaian yang cantik dan alat-alat perkakas rumah yang indah-indah. Bahkan semuanya itu halal kecuali yang telah dinaskan(ditegaskan) haramnya. Sebab itu dalam Islam kita tidak boleh menyiksa diri atau mengabaikan jasmani untuk kepentingan rohani melainkan kedua-duanya harus mendapat hak yang sama dan adil. Berikan hak jasmani sebagaimana hak rohani kerana manusia itu terdiri dari tubuh dan roh.

Bersabda Nabi 'berpuasalah dan berbukalah (jangan terus-terusan berpuasa),sembahyanglah dan tidurlah kerana tubuhmu mempunyai hak, isterimu mempunyai hak dan tetamumu mempunyai hak'. Pendeknya, meninggalkan yang baik-baik dan perhiasan-perhiasan dan menyiksa diri untuk menjadi ahli ibadah, bukanlah ajaran Islam.Lihatlah bahawa dengan terang dan jelas Allah S.W.T mahu kita patuh dan taat dengan cara yang betul dan sentiasa BERSEDERHANA tidak keterlaluan. Bagi wanita-wanita arab itu, mereka berselubung atas beberapa faktor yang difahami. Hukum adat/budaya,faktor persekitaran, geografi atau kefahaman beragama(mazhab). Sebab itu tidak hairanlah, orang-orang Islam yang mengikut Mazhab Ibnu Hambal,dinegara-negara arab itu MEMAKSA wanita memakai purdah/hijab/selubung kerana fahaman Ahmad bin Hambal,semua tubuh wanita adalah aurat termasuk KUKU.

Kecualilah, seorang wanita itu terlalu jelita paras rupanya, hingga andai kata ia melintas disatu kesesakan jalanraya maka boleh mengakibatkan berlaku kemalangan atau berbunuh-bunuhan kerana merebutkannya yang demikian boleh jatuh hukum wajib ia menutup semuawajahnya dari dia boleh membawa merbahaya dan kemudaratan seperti kisah Nabi Yusof a.s.

Surah Yusof [Ayat:31]Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka,dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang diantara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"

Dibaca dalam riwayat kisah 25 Nabi, bahawa Nabi Yusof ini, tersangat kacak dan tampannya baginda laksana bulan purnama bercahaya. Sehinggakan boleh mendatangkan kecederaan akibat dari kekaguman yang terlampau.. hinggakan baginda rela dipenjarakan walaupun bukan atas kesalahan baginda demi menjaga maruah seorang pemerintah .Begitu juga pada zaman pimpinan Umar bin Al-Khattab,beliau pernah membotakkan kepala seorang lelaki muda(kacak) dan dihalau dari Madinah. Bukan apa, tak lain kerana ramai anak-anak gadis yang histeria akibat terlalu gilakan dan jatuh cinta kepada pemuda tersebut.

Di Malaysia ini, kita belum pernah mendengar kisah sampai ada yang boleh menyebabkan kemudaratan seperti diatas. Tegasnya telah ada garis panduan Allah S.W.T(melalui kitabnya Al-Quran dan Rasulnya (Hadith) untuk menyampaikan justeru menjadi ikutan kita. Terserah kepada budi bicara masing-masing.Bagi mereka yang memang telah menggunakan tudung labuhdan menutup muka itu, bukan bererti saya menentang anda semua. Jika anda selesa dan 'jemaah' anda menerimanya. Tiada masalah. Yang saya tekankan ialah pada mereka yang menjahanamkan dan memperkotak-katikakan perintah Tuhan.

Surah Al-Araaf [Ayat:199]Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan hiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

Surah Al-Hasyr [Ayat:7]……. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah(s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang Nya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya(bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Surah Al-Araaf [Ayat:26]Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia)Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Islam Agama MUDAH Ertinya : ia sangat relevan dari dahulu, sekarang hinggalah kiamat. Ada diantara perintah-perintah Allah yang boleh kita 'adjust' mengikut keadaan YANG DIIZINKAN seperti katakan PUASA - Hukumnya wajib kepada umat Islam. Mengikut aturan dan tertib-tertib tertentu. Namun ianya dilonggarkan untuk orang-orangyang uzur, Ibu menyusukan anak, ibu yang hamil dan soand so. Sebagai seorang Islam tentu kita tahu babini. Banyak lagi sebenarnya, tapi hari ini kita bincangkan bab Aurat.

Bukan DIPERMUDAHKAN Ertinya : Jangan mengamalkan atau mengikut perintahAllah S.W.T dengan kesesuaian cara kita untuk hidup selesa atau keseronokan atau mengambil yang paling minimum hukum Allah S.W.T.Contoh : Orang Islam haram makan daging khinzir. Tapikalau tidak ada pilihan dibolehkan. Terang dan jelasianya adalah haram dan hukumnya NAJIS MUGHALLAZAH(najis paling berat). Katakan seorang muslim keluar negara dimana hampir pasti tiada makanan yang halaldimakan (kalau ada mungkin terlalu jauh dan sukaruntuk kesana), maka dia pun 'hentam' saja makanmakanan yang mengandungi haiwan atau yang bersumberkan haiwan ini, hanya kerana dibolehkan dalam Islam(kiranya darurat).

Akan tetapi yang wajibnya ialah, dia harus mengambilkira faktor-faktor lain yang membolehkan dia selagidapat, mengelak untuk menjamah hidangan bersumber kanhaiwan ini dengan melihat kepada alternative lain,contohnya ikan, sayuran dll yang mana masih bolehdikirakan sebagai usahanya untuk menjaga iman/akidahdan diri dari menghampiri, melakukan, shubahat dlldengan sumber-sumber yang haram (dikononkanayam/itik/lembu atau lain-lain sembelihan pun tidakhalal kerana bukan disembelih oleh ahli kitab).

Termasuklah bab Aurat wanita. Jangan diperemehkan atau di'extreme'kan sehingga menjadi salah tafsir.Diperemehkan seperti yang saya selokakan itulah..pakaian yang pelik-pelik tapi bertudung. Manakala di'extreme'kan maksudnya, menganggap bahawa kiranya menutup keseluruhan hatta muka dan kedua tapak tanganbaru Islam jika tidak tak Islam.

Surah An-Nahl [Ayat:64]Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahaiMuhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepadamereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dansupaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orangyang beriman.Jelas Allah menyuruh kita berpandukan AL-Quran jugaHadith untuk menjalani kehidupan seharian dan beriman(percaya dengan sepenuh hati) dan beramal kepadaNya.

Jadinya kalau ada yang menganggap wanita yang benar-benar menutup aurat ialah dengan berselubung keseluruhannya, maka bolehlah dipersoalkan adakah mereka-mereka ini menganggap bahawa Al-Qurankalamullah dan Hadith Nabi S.A.W itu tidak lengkap dan sempurna? (subhanallah).Mengagungkan hanya yang datang dari Arab itu Islamik adalah keterlaluan yang melampau. Harus diingatkandan disedari di tanah Arab itu sendiri terdapat juga puak-puak kafir dimana mereka juga mengenakan tudung dan serban dan Islam mereka pula berbagai mazhab.Sebagai umat Islam di Malaysia, kita memegang AhliSunnah Wal-Jamaah dan berpandukan Quran dan HadithRasullah S.A.W.

Malah ada diantara mereka melakukannya dengan terpaksa mengikut arahan pemerintah semata-mata yang membuat berbagai-bagai undang-undang tentang hal-hal berkaitan.Jangan kita mencampur aduk serta merojakkan ajaran Islam hanya kerana kita ingin selesa dan mudah menjalankan kehidupan (ada oran yang begini, DiaMuslim, untuk patuh semua larangan agama dirasanyaamat-amat payah. Lalu dia menceduk sana sikit, sini sikit maka terciptalah satu cara yang dia rasa patuh dengan suruhan, tak terkeluar dari landasan serta masih nampak Islam. Pakai sikit fahaman Imam Malik,sikit Imam Hambali sikit Iman Syafie).

Kalau takat rambut orang kurang gairah

lainlah pehe gebu...

Ini mungkin lagi sekali orang confuse sebab bukankah tutup aurat tu maksudnya menutup rambut. Betul, yang buat saya tulis begitu kerana (kita lihat dalam konteks bertudung/menutup aurat). Mereka menutup rambut dengan tudung yang cantik dan mahal beserta segala kerongsang kristal dll tapi dalam masa yang sama, kain terbelah sampai pangkal peha. Pengalaman saya sendiri'si faulana' ni dari depan bertudung, berkebaya ketat,bila dia melintasi, saya amatlah terkejut kerana kain belahnya (bahagian belakang) kalau katakan dia tunduk,mengambil barang yang jatuh ke lantai, hampir pasti,seluar dalamnya dapat diketahui warnanya. Itulah maksud sindiran saya. Bukan maknanya tak bertudung tu tak kisahlah. Tapi dimana atau pegangan dari mana mereka-mereka ini gunakan. Sanggup menutup rambut tapi menayang bahagian-bahagian yang lebih sensitif yang boleh membawa ke arah zina (mata), rogol dll.

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung

Sila rujuk huraian di atas, telah saya terangkan.Seperti yang telah saya huraikan tentang fahaman dan ilmu pengetahuan agama Islam yang lemah dikalangan kita semua.Kebanyakan dari kita, lemah pengetahuan, suka ikut-ikut (kadangkala sendiri pun tak pasti dan yakin kebenarannya), tak tahu hukum dan kenapa satu-satu perkara itu dihukumkan begini begitu. Malah kadangkala yang asas pun kita tak habis mengaji(belajar).Contohnya : bab sembahyang. Kenapa tidak boleh solat sunat selepas subuh, sebelum zohor dan selepas asar.Apa itu solat Jamak & Qasar. Kalau setakat kata jamak itu kumpulan 2 sembahyang & Qasar itu dipendekkan sembahyang. Ok lah. Tapi bagaimana syarat-syarat yang membolehkan ianya dilakukan dan apa tertib-tertibnya solat seperti ini.

Rasa saya mungkin 2/3 dari kalangan kita ditanya adayang tak mampu jelaskan atau kalau saya katakan - kitawajib beriman kepada Qada & Qadar dan sebenarnya iaboleh diubah, tidak seperti selama ini didakwa bahawa Qada dan Qadar itu telah ditetapkan sejak di luhMahfuz lagi (mungkin nanti ada yang kata saya keterlaluan).

Surah An-Nisa' [Ayat:143]Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu;mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir)dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali aka nmendapat jalan untuk menyelamatkannya. Tidaklah pula saya ingin keluar dari persoalan asalia itu aurat. Cuma maksud saya ialah, Apabila sampai satu-satu perkhabaran itu hendaklah kita melihat dalam banyak cabang. Huraikan dan fahami, kiranya tidak, tanyakan kepada mereka-mereka yang benar-benar berilmu/arif dalam hal-hal tersebut. Tapi kebanyakan kita tak mahu atau malu takut sekali andai orang kata'alah itu pun tak reti ke?'. Kita lebih rela terus-terusan jahil dari mencari kebenaran dan meningkatkan ilmu terutama ILMU AGAMA.

Dari Riwayat At-Thabrani Rasulullah S.A.W bersabda; Tanyakanlah kepada orang-orang soleh dan selesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka.Sesungguhnya kita diminta menuntut ilmu dan bertanya kepada yang arif agar tidak terkeliru. Tak secara langsung, bila kita telah tahu, maka sampaikanlah(dakwahkan) kepada kaum keluarga/handai taulan.Berbalik kepada pokok perbincangan asal.Seperti yang telah dijelaskan berpandukan SurahAl-Maa-Idah (Hidangan), ayat diatas menjurus kepada bab makanan akan tetapi huraiannya juga merangkumi amal ibadat yang lain, tiada sempadan dan perlu difahami dan diperakui seandainya benar kita mengaku kita telah beriman kepda perkara 4 dalam rukun Iman yang 5 iaitu Beriman kepada Kitab-Kitab Allah S.W.T(Al-Quran).

Surah Al-Jaathiyah [Ayat:20]Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).Oleh yang demikian, telah jelas bahawa Islam mewajibkan muslimahnya yang beriman untuk menutup aurat mengikut syariat yang telah ditetapkan keatasnya. Hatta kiranya ada yang berlebih-lebihan itu sebenarnya atas kehendak/fahaman individu itu sendiri.

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan'

Ha.. ini satu lagi, siapa yang kata bertudung tu mesti.. tak faham ke?. bertudung tu tak boleh nak paksa paksa. Suka hati akulah nak bertudung ke tidak.Tak kan engkau nak bunuh aku kalau aku tak nak bertudung. Belum sampai seru lagilah.. tak puas nak bergaya.. nantilah dah tua-tua esok aku pakailah.'pernah jumpa senario diatas.. tak kan tak biasa.Mungkin ada diantara kita yang bertudung sekarang pun dulu-dulu pernah berkata begitu, hanya mungkin lain sikitlah kot?.Itulah.. kena faham betul-betul bahawa menutup aurat bukan paksaan sama juga dengan hal-hal lain dalam ibadah contoh paling mudah as-solat seperti menutup aurat itu WAJIB..

Solat itu lagilah. Diibaratkan tiang agama, tanpa tiang maka dapatkah berdiri sebuah bangunan?. Tanpa solat, ibadah lain pasti goyah atau rebah kerana tiang pun tak mampu didirikan bagaimana bahagian-bahagian lain boleh dikukuhkan.Begitulah halnya dengan menutup aurat. Selagi tiada keinsafan dihati, selagi itulah seorang itu tidak merasa 'perlunya menutup aurat'. Tanpa iman, tidakakan takut seseorang hamba itu engkar perintah 'tuannya' (dalam hal ini Allah S.W.T sebagai pencipta).Perhatikanlah dalam Al-Quran dalam tiap-tiap surah dan dalam kebanyakan ayat-ayat Allah S.W.T akan memulakan dengan 'Hai/wahai orang-orang mukmin yang beriman …'kenapa yang beriman sahaja.

Kenapa tidak orang lain?.Kerana iman itu bukan ada pada semua orang. Dan kekuatan iman itu tidak sama tahapnya kepada semua orang.Allah S.W.T tidak sebut 'Wahai orang-orang arab atau orang-orang melayu atau orang-orang Australia and so and so'.. Tidak kira bangsa dan warna kulitnya meliputi seluruh pelusuk muka bumi ini dimana-mana saja kiranya ada orang-orang yang beriman, itulah yangAllah S.W.T maksudkan.Sama juga katakan hukum hudud untuk orang-orang Islam tapi tidak orang-orang kafir lain. Andaikan dia seorang cina, india, punjabi yang memeluk Islam iajuga termaktub untuk mematuhi hudud (hal ini secara umum. Kerana untuk membincangkan hudud kita harus BENAR-BENAR memahami undang-undang Islam ini. Wallahualam).

Menutup aurat hatta suami, ayah, abang tidak dapat memaksa anak, isteri, adik, kakak mereka. Merekahanya boleh menyampaikan dan tidak boleh sama sekali bertindak kasar untuk melaksanakan agama. Apa yang kita dapat kiranya dibuat tanpa kesedaran dan keikhlasan serta keinsafan?.Hasilnya itulah 'Fesyen Tudrat' (bertudung sambil dedah aurat). Bertudung tapi akhlak masih kurang baik. Pergaulan tiada batasan (berpelukan,berpeleseran dikhayalak ramai, ditempat-tempat sunyi,melakukan perbuatan sumbang, mungkar dll). Hatta ada yang bertudung, tapi nauzubillah, sikap dengki, busuk hati, dendam, suka mengadu domba dll lebih tebal dan bergumpal-gumpal dalam hati melebihi orang-orang yang tidak bertudung. Malah dalam beberapa kes ada yang ditangkap basah dengan tudung masih dikepala?!!

Namun kiranya terasa keinsafan atas kesilapan setelah melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah S.W.T,telah terdengar seru (seru ni ramai orang salah faham,walhal dari zaman Rasulullah S.A.W, (Baginda sudahmenyeru), kalau dia tak dengar tu sebab tak mengaji(belajar) Quran lah tu), maka insyallah dia sendiriakan dengan redha dan penuh ikhlas menjalankan perintah (WAJIB) menutup aurat juga semua ibadah lainnya.

Itulah maksud yang ingin saya sampaikan.

Surah Faathir [Ayat:18]

Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidakakan dapat dipikul sedikit pun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut(melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azabTuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang)maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk(kemuslihatan*) kebaikan dirinya sendiri dan(ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.

* (kemuslihatan - perkara-perkara yang kita sendiritidak tahu dan segala amal baik buruk hanyalah kepadaAllah S.W.T yang akan menentukan dosa pahalanya).

Begitu jugalah dengan menutup aurat. Bukan paksaan tapi KEWAJIBAN (perintah yang mesti dilakukan, jika dibuat dapat pahala ditinggalkan akan berdosa).Dilakukan kerana takut dan insaf dengan hukuman AllahS.W.T.

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah tu sebab bosan

Seperti yang diterangkan panjang lebar di atas,maksudnya sama saja. Insaf kerana takut dan FAHAMdengan tuntutan agama dan melakukan dengan seikhlashati serta redha. Tapi kalau tidak, tu yang jadi macam-macam rupa. bergaya tak boleh tidak, nak ikut trend semasa. Bertudung pun mahu, akhirnya jadi rojak. Kalau boleh makan best juga, ni pecah kepal amelihat fesyen pelik-pelik. Kalau tak bertudung,fesyen pelik-pelik tu fahamlah juga.Al-maklum, dosa pahala kan ke perkara ghaib yang cuma dipercayai dengan hati (iman), oleh kerana dosa/pahala ni tak nampak, macam daun-daun yang gugur, maka kita 'kureng' buat perkara baik dan tak langsung gentar buat perkara mungkar.

Surah An-Naazi'aat [Ayat:37 - 41]
[37] Maka (dapatlah masing-masing mengetahuikesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatanderhakanya),
[38] Serta ia mengutamakan kehidupan duniasemata-mata,
[39] Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempatkediamannya.
[40] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa iaberdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitungamalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawanafsu,
[41] Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Wah!!.. itulah silapnya kita. Kata orang tua-tua masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau, menguak, masuk kandang harimau, kena makan!!!..Mudah fikir beginilah ya.. apabila kita kata nak bertudung, sudah tentu harus kita merubah gaya, bersesuaian dengan cara baru kita. Katakan kita pindah rumah.. Design rumah baru tentu tak serupa dengan rumah lama. Apa yang kita buat?.. Kita atur perabut ikut kesesuaian/keluasan ruang, yang patut tukar mungkin tukar, patut beli baru, beli baru, yang ada tu kalau masih elok cuba guna, tak pun sedekah,yang tak boleh guna buangkan.Begitu juga bila bertudung. Anggaplah kita berhijrah(memang pun) berhijrah dari zaman kejahilan kita, kepada satu dimensi baru. Zaman kita ingin mematuhi seterusnya TAAT (yang bukan acah-acah je) terhadap perintah Allah S.W.T.

Justeru, buka almari, lihat himpunan gaya/fesyen.. koreksi diri (muhasabah diri)yang mana, kalau betul-betul nak buat… BUAT BETUL-BETUL!! Ada patut simpan, beri orang, beli baru, suai padan (yang kena gaya dan cara).Pun begitu, bukanlah buat semua dalam satu masa…sikit-sikit. Sebulan satu ke, sendiri fahamlah macamana caranya. Bila mula bertudung tu gaya ubahlah. Kalau berseluar, yang longgar, nak pakai jubah ke, 'habaya' ke (ianya macam kot, tapi dia labuh sampai ke tumit, dalam tu boleh pakai baju lain..kebaya ke..) coz, kebaya ni kan ikut body dah kalau banyak sangat koleksi susah juga, takkan terus nak buang. So pakai je dengan habaya (kot mak arab ni).Pant-suit ke apa-apa lah yang sesuai. Dah kalau tak tahu sangat nak suai padan, selak-selaklah majalah ke, surat khabar ke, pergi tengok kat shopping mall ke..apa-apa je lah tau sendirilah kan. Maksud duduk berkurung tu.. kalau dah jumud sangat akal tu, tu yang akhirnya tak payahlah keluar dah segala-galanya tak bolehkan?!

Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa
Mana tidaknya, kita bekerja..

Ada 2 maksud kaler disini. Pertama menjurus kepadawarna-warna pakaian, kedua 'cat muka'.

Surah Al-A'raaf A:31-32Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat(atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani)mengharamkan (memakai) perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? "Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman)dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayatketerangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang(mahu) mengetahui.

Keterangan ayat 31 hal 212, Allah S.W.T menyuruh agar kita memakai (pakaian yang baik dan bersih tatkala hendak mendirikan solat (kesimpulannya, kalau depan orang, kita nak 'cun'ini kan pula ketika hendak mengadap Yang Menjadikan kita)

Keterangan ayat 32 hal 213, Begitu juga dalam ayat ini, Allah S.W.T menegaskan,bahawa tidak boleh orang mengharamkan perhiasan AllahS.W.T yang dikeluarkan untuk hambaNya (pakaian yang baik dan bersih).

Sesungguhnya memakai perhiasan ini besar sekali faedahnya untuk menjaga kesihatan. Begitu pula besar pengaruhnya untuk menjaga kehormatan dalam pandanga norang ramai. Kerana hati itu dibelakang mata.Apalagi memakai perhiasan yang baik itu melahirkannikmat Allah dan bersyukur kepadaNya.Orang mukmin diberi pahala menurut niatnya atas pekerjaannya yang baik.

Bersabda Nabi S.A.W "Allah mengasihi bahwa dilihatnya bekas nikmatNya pada hambaNya". Tetapi perhiasan itu tidak baik, bila telah berlebih-lebihan daripada hadnya, seperti menghabiskan waktu berhias-hias saja. Seolah-olah hidupnya semata-mata untuk berhias-hias bukan berhias untuk hidup.Huraian dari keterang ayat :

Perlukah huraikan lagi.. kan dah jelas?.. o.klah..takut masih ada yang keliru.Allah S.W.T menyuruh kita berhias (Allah S.W.T itu indah, dia suka kepada kecantikan). Ertinya, sekali lagi, Islam itu agama relevan. Kalau pada waktu dulu Zaman Rasulullah S.A.W hanya warna gelap jadi pilihan kerana pada waktu dulu, penghasilan warna tidak seperti sekarang.

Sekarang ini pun bukan bererti mesti pakai warna yang menarik perhatian. Maksud warna gelap ialah yang ada juga warna tapi bukanlah pula sehingga bila anda melintasi kawasan itu andalah yang paling menonjol. Sekarang ada terlalu banyakwarna, kenapa tidak?, kita boleh pakai apa warna yangkita mahu. . siapa kata salah?. TETAPI haruslah mengikut syariat yang dibenarkan. Contoh, kalau dulu tak ada pink, purple, biru matelik,hijau pucuk pisang, kuning kunyit dll. Pakailahdengan syarat yang pink, lembut sekali, yang hijaumungkin hijau gelap, biru (navy blue), hitam, kuning jangan kuning diraja, jangan merah menyala atau oren …tolonglah faham.. pandai-pandailah fikirkan samada sesuai atau tidak.

Masing-masing sudah cukup 'hebat'kerana 'diberi peluang' oleh Allah S.W.T menikmati kehidupan di dunia ini.Ertinya.. yang bersesuaian dengan peribadi seorang muslimah dan tidak sampai menarik perhatian, 10 meter lagi dah nampak (warna yang sangat terang dan mengancam), kerana jelas, (Ayat ini) Allah telah menyuruh kita menikmati anugerahNya juga BERSEDERHANA SERTA BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG DIBERI.Tentang warna-warna (cat muka). Betul.. mana boleh seorang wanita itu berhias kecuali untuk suami. Haram kiranya sehingga orang lain berpaling kepadanya.Betul. Tapi untuk keyakinan diri serta mengelakkan dari dijadikan bahan kutuk. (Kita juga yang berdosa kiranya membiarlah orang lain sehingga terdorong mengata kita).

Contohnya : Seorang wanita yang keningnya bercantum atau ditumbuhi misai diharuskan kepadanya untuk mencabut (mencukur misai) itu setakat yang boleh supaya dia sendiri berkeyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat, tidak rendah diri dan rasa terhina.Begitu juga kalau mukanya berlubang (sedalam 1/2m) akibat bekas-bekas jerawat batu yang bukan sedikit.Atau bibir hitam hinggakan seperti seorang perokok.Digalakkan dia berbedak untuk melindungi sedikit kekurangan dan memakai sedikit lipstik (bukanlah yang warna seperti merah bata, ungu atau yang ada diamond dust atau apa-apa yang keterlaluan). Gunakan warna-warna seperti natural atau cokelat cair, agar dia rasa selesa dan orang juga selesa mendampinginya.

Maksud saya bekerja bergaul semua bukanlah bererti lepas bebas tak ada batas. Tapi bagai mana andaiwanita itu seorang Doktor, Engineer, Architec and so and so.. Tentu keluar meeting, ke tapak projek and soand so. Atau paling tidak kerja di bank sebagai Teller.Kerana jumud, merasakan serba serbi haram, kita dengan(kononnya) kening bercantum, muka berlubang-lubang,serta tak mahu senyum sebarangan pada lelaki yang bukan muhrim, rasanya semua orang lari pergi kaunter lain. Kalau ada yang berurusan dengan kita pun dengan terpaksa. Kemudian nanti, mesti mereka mengata(mengutuk). Kita kata biarlah mereka yang berdosa sebab mengutuk kita. Tapi sedarkah bahawa kita yang menyebabkan orang melakukan dosa juga BERDOSA!!!. Majikan pun tak berkenan kerana kita tidak produktif.Kawan-kawan pun fed-up kerana kita menyebabkan mereka terpaksa kerja lebih. Apa akan jadi akhirnya?.Mungkin kita dipulau, kita tiada kawan, kita rasa rendah diri dan sebagainya, paling malang akibat sikap kita mungkinkah kita dibuang kerja. Betul, mungkin ada yang kata, alah setakat kening bercantum dan muka berjerawat kita jadikan alasan untuk nak melakukan perbuatan yang dimurkai AllahS.W.T (menggunakan make-up).

Baliklah kepada persoalan utama, mengapa dan kenapa mesti, bukanlah bererti menggunakan make-up ini, mata diwarna biru, pipi merah bibir menyala. Asas je yang paling minimum untuk keselesaan dan paling penting jangan sampai menjadi bahan umpatan.Pun begitu, andainya wanita tersebut, mampu merasa selesa dengan keadaan dirinya, serta mampu memberi keselesaan kepada orang-orang disekelilingnya.Walaupun dalam keadaaan itu, serta tidak merasa perlunya dia membuat apa-apa perubahan, tidak menjadi masalah untuk dia terus bertahan begitu malah dialah yang paling hebat kerana mampu redha dengan seadanya.Juga menjaga ketinggian martabat Islam itu dipandangan orang-orang kafir, dimana kiranya mereka lihat semua muslimah pucat lesi dan tidak bermaya, tentu mereka tidak tertarik untuk mendekati dan menganuti Islam, kerana tersalah anggap yang Islam itu hanya agama akhirat dengan meninggalkan semua nikmat dunia yang Allah S.W.T sediakan untuk hambaNya.

Begitu juga dengan perhiasan emas permata. Allah menciptakan untuk dipergunakan oleh umat manusia terutama wanita. Malah hukumnya harus keatas wanita-wanita itu memakai perhiasan-perhiasan.Justeru penggunaan barangan kemas ini dibolehkan didalam Islam, dengan syarat juga ianya tidak berlebih-lebihan mengikut syariat. Apapun, jalan paling selamat ialah bersederha na. Tidak perluseperti 'kedai emas bergerak'.Jelasnya, bagi saya sememangnya tidak ada siapa pun(termasuk saya) yang boleh memandai-mandai menjatuhkan hukuman atau menilai iman serta mempersoal amal ibadah seseorang, biarpun dia seorang ustaz/ustazah atau seorang penari dangdut sekalipun.

Pemberian dosa,pahala atau ke syurga, neraka seseorang itu adalahrahsia Allah S.W.T (ada banyak kisah-kisah penghunisyurga/neraka dalam kitab-kitab tertentu). Sila rujukagar kita dapat mempelajari banyak keajaiban yangAllah S.W.T lakukan keatas setiap hambanya.Cuma yang menjadi pokok persoalan dalam perbincangan ini ialah isu mereka yang suka memporak perandakan perintah Allah S.W.T tanpa rasa malu dan takut.

Setiap bangsa dan agama, ada kecantikan mengikut persepsi tersendiri. Di Afrika terdapat sebuah kampung dimana, lebih gemuk wanita itu, lebih cantikdan paling cepat mendapat jodoh. Dinegara-negara Arab, melukis beberapa simbul diatas dahi, pipi dan dagu dikatakan menambah kecantikan. Bagi masyarakat hindu, memakai gelang dari hidung ke telinga, memakai cincin dijari kaki juga dikatakan menyerlahkan/menambah kecantikan seseorang. Bahkan pada zaman Rasulullah S.A.W, isteri Baginda, Sayidatina Khadijah mempunyai seorang pendandan rambutyang bernama UMMI ZAFAR ALZUMIAH. Tujuannya untuk membantu Saidatinah Khadijah 'memperindahkan'(menyolek) diri.Juga pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Aftan,adik perempuan beliau membuka salun kecantikan untuk wanita dan suaminya pula membuka salun kesihatan untuk lelaki!.Jelaslah bahawa kecantikan itu tidak hanya bermula pada masa sekarang.

Ia telah permula sejak zaman berzaman dan ianya diterjemah dengan berbagai cara. Dan untuk wanita solehah, kecantikan tidak saja menjurus aspek luaran dan pakaian serta perhiasan emas berlian, bahkan juga Akhlak, hati, jiwa nurani, sikap perbuatan dan banya klagi.Bahkan dalam Islam juga menggalakkan seorang gadis muda untuk berhias semasa sedang dirisik untuk mendapatkan jodoh. Apatah lagi seorang Isteri, sewajarnya sentiasa berusaha untuk menghias diri,menjaga kecantikan bersesuaian usia dan tidak melampau dari yang dibenarkan syariat.Seorang isteri itu kalaulah pula dia seorang yang bekerja, wajarlah ai berhias dengan niat untuk suami dan hanya untuk keyakinan dan keselesaan diri, semata-mata kerana Allah S.W.T bukan untuk menarik perhatian orang atau nak mengurat ke.. apa ke..Pohonlah sentiasa kepada Allah S.W.T agar DIA sentiasa membantu kita menetapkan niat dan matlamat supaya tidak lari dari tujuan asal.

Andai kata terlintas perasaan-perasaan lain akibat dari kekurangan diri dan pengaruh iblis yang ingin menyesatkan beristigfarlah pohon keampunan.

Surah Ali-Imran [Ayat:159][3.159]
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Itulah sebabnya dalam hidup ini, apabila kita berbuat sesuatu apa pun, hatta hanya sekadar mengalihkan sebatang paku dari atas jalan supaya tidak memudaratkan orang lain, Insya'Allah kita diberi pahala.Nawaitu yang paling penting. Solat kalau untuk menunjuk-nunjuk walaupun 1 juz untuk satu rakaat kita mampu baca, kerana riak, biar orang terbeliak mata tengok kita mampu solat sampai begitu sekali, apa yang kita dapat???.Sedekah untuk tolong orang susah tapi waktu bersedekah buat pengumuman, kita tak sedekah banyak, cuma RM10,000 je (riak le tu), apa yang kita dapat??? Begitulah seterusnya, oleh yang demikian, mula-mula sekali, koreksi diri (muhasabah diri) apa tujuan asal dan kemana matlamat kita. Biar apa pun orang kata."Nak jadi ustazahlah tu bertudung-tudung bagai", takapa lah. Bersyukur je. Katakan "Alhamdulillah, moga dimakbulkan Allah S.W.T kata-kata kau tu".

Apa susah bukan dia keluar duit untuk kita beli tudungkan.Orang macam tu, hatinya ada titik-titik kotor yang tidak menyenangi orang lain menjadi lebih baik.Tentang fesyen busana muslimah tu pula, itu kan namaje. Busana tu maksudnya pakaian, muslimah tu wanita Islam. Oklah. Tak payah nak beli yang terlalu-lalu mahal. Bersederhana ikut kemampuan sendiri. Takdapat dari Sauk Al Madinah butik, beli di Jalan Masjid India Butik, tak mampu nak pakai dari Butik Atim Agoy,beli je kain (yang sesuai) suruh Yati Agus yang jahitkan. Tak mampu pakai dari Sri Munawarah Design suruh je Sri Munah potongkan. Rasa-rasa berkenan macam DMI Collection (Dato Mashitah Ibrahim) suruh je Dayang Mahani begakan. Biarlah tak sama tapi lebih kurang serupa.Dalam hidup ini, paling penting kita tahu menilai kemampuan diri, ikut rasa binasa, ikut hati mati, takp erlu menyiksa diri, berusaha beriya-iya menyaing igaya orang walhal belum tentu sesuai dengan kerjaya/cara hidup/tingkah laku kita sendiri. Paling penting KOCEK SENDIRI kalau mampu tak salah.

Surah An-Nisa' [Ayat:32]Dan jangan kamu irihati, kerana Allah melebihkan setengah kamu dari yang lain. Untuk laki-laki ada bahagian dari usaha yang dikerjakannya, untuk perempuan ada bahagian dari usaha yang dikerjakannya.Kamu mintalah kepada Allah kurnia Nya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.

Banyakkan membaca untuk menimba ilmu, belimajalah-majalah ilmiah terutama yang menjurus kepada panduan dalam beribadah dan mengenali Islam dengan lebih baik seperti Al-Islam, Anis dan banyak lagi buku-buku ilmiah agama yang mudah dibaca tanpa memeningkan kepada untuk difahami. Jangan asyik dikayakan rumah dengan hampas (majalah hiburan yang tiada info selain gossip-gossip artis, URTV, MANGGA,HAI dan so.. so.)Bukan langsung tak boleh (kalau ikut betul-betul,memang pun tak digalakkan langsung), tapi setakat satu dua majalah oklah dah kalau sampai boleh sama tinggi kita berdiri, apa ilmu yang kita dapat??? Selain nikmat mata, tengok artis pakai baju tak cukup kain dan baca fitnah (gossip tu fitnahlah) yang tak tentu hala, duit tu sedekah lagi baikkan.Beli dan dengar kaset-kaset agama, tonton Al-Kuliyah,Laman Nurani, Ehwal Islam, hadiri majlis-majlis ilmu,peduli orang nak sindir, nak alim ke atau nak masuk syurga ke, memanglah itu tujuan sebenar hidup sebagai hamba Allah S.W.T.

Lagipun, majlis-majlis ilmu ni dibuat ditempat-tempat yang baik. Masjid sekarang pun bukan main indahnya, jadi mari lah kita mengimarahkan masjid dan memburu ilmu-ilmu Allah S.W.T.Tiada siapa dapat merubah diri kita melainkan diri sendiri, walau hingga 1000 muka surat dibawa bab-babagama atau 1000 ceramah agama kita hadiri, tapi kita tidak berdoa kepada Allah S.W.T minta ditiupkan HIDAYAH.. Insyallah, kita tidak akan kemana-mana.

Surah Ar-R'ad [Ayat:11]Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri),maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Surah Yunus [Ayat:100]Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami(perintah-perintahNya).Mohon ampun dan taubat setiap kali teringat kerana setiap hari kita pasti akan melakukan kesalahan dan kesilapan samada disedari atau tidak.

Dari Riwayat Al-Bukhari Rasulullah S.A.W bersabda : Manusia seringkali tergelincir lidah daripada kaki mereka.

Perlu juga difahami dan diperhalusi.. bukan hanya semata-mata menutup aurat. Allah memberi pahala, tetapi yang paling penting ibadah-ibadah wajib lain terutama as-solat, puasa, zakat, haji, ibadat sunat lainnya, juga sedekah jariah, hati baik,berbaik sangka, sentiasa memaafkan kesalahan orang, sentiasa menghormati orang tua, taat segala perintah dan istiqamah dalam membuat semua amal ibadah. Jangan lupa menuntut ilmu dan menyebarkannya dan jangan lupa jadi anak yang solehan, isteri yang mentaati suami dan ibu yang misali kerana :-

Dari Riwayat Al-Bukhari Rasulullah S.A.W bersabda : Orang yang mati itu mengikutnya tiga, yang balik dua dan yang tinggal bersamanya satu. Yang balik keluarganya dan hartanya yang tinggal bersamanya ialah amalannya.

Oleh itu, ingatlah perbaiki amalan kita, sentiasa mohon ampun dan bertaubat. Kerana yang akan membantu kita dikubur esok-esok pun, hanya 3 iaitu doa dari anak yang soleh, ilmu yang dimanafaatkan (oleh orang-orang didunia) dan amal-amal kita sendiri/sedekah jariah.Sentiasa bersabar dalam melakukan kebaikan dan bersabar untuk menghindari kemaksiatan. Berdoalah selalu untuk mendapat hidayah.

Surah Al-Baqarah A:153 Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Surah Al-Mu'min A:60 Mintalah (berdoalah) kepada Ku, nescaya Aku akan perkenankan doa kamu.Begitulah, asal kita beristiqamah dan berserah serta sentiasa memohon kepada Allah S.W.T,

Insyallah satu saat pabila hidayah telah mengetuk pintu hati, imandan ketakwaan mengatasi segala halangan. Apa yang terjadi sekarang ialah kebanyakan dari muslimah ini kurang iman dan tiada malu.

Dari Riwayat At-Tarmizi Rasulullah S.A.W bersabda : IMAN DAN MALU itu beriringan. Andai diangkat salah satu, maka terangkatlah kedua-duanya.

Ertinya, tanpa iman kita tidak malu melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak bersesuaian/ mungkar dan tanpa malu selalunya orang-orang itu tidak beriman.

PETUA MENJADI CANTIK DIDUNIA DAN AKHIRAT (PETUA 1)
1. Musyarakah - percaya bahawa kita memang mempunyaikecantikan tersendiri (bukan perasan tapi keyakinan).
2. Murakabah - menerima dengan insaf dan syukurkeadaan diri sendiri.
3. Muhasabah - melihat kekurangan diri danmemperbetulkannya.
4. Muokobah - sentiasa mendidik diri agar berusahamenjadi wanita sempurna.
5. Muqarrabah - sentiasa mendekatkan diri dengan AllahS.W.T.
6. Mujahadah - berusaha melawan segala bentuk hawanafsu yang cuba menguasai diri.
7. Muarabah - berusaha menghakis segala kejahatan yangada dalam diri.
-Sumber dari Rahmat Training & Consultance.

AKHLAK YANG MULIA (PETUA 2)

Kisah seorang ulama terkenal pada zamannya iaitu AL-AHNAF BIN QAIS.Rumah Al-Ahnaf memang sering dikunjungi ramai sahabat/anak murid kerana mereka semua ingin belajar dan menuntut ilmu.Pada suatu hari, datang seorang pemuda dari sukuTai'yi dan kehadiran pemuda ini menarik perhatian Al-Ahnaf kerana dilihatnya pemuda ini amat segak,tampan dan berbeza dari pemuda yang sebaya dengannya.Lalu Ahnaf pun bertanya "Wahai anak muda, adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?".

Maka jawab pemuda itu "Ya, memang benar, saya ada menghiasi wajah saya, iaitu jika saya bercakap, saya tidak pernah dusta, kalau ada yang sedang bercakap, saya hanya diam dan dengar, jika saya berjanji akan saya tepati dan jika saya diberi amanah, tidak akan saya mengkhianatinya".Mendengar jawapan yang sedemikian, maka berkatalah Ahnaf "Benar akan kata-katamu itu, wahai pemuda.esungguhnya engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak yang mulia".
Moral dari cerita - bahawa dengan berakhlak baik disamping segala amal ibadah, cahaya kesucian itu memancar menerangi jasad apatah lagi rohani.Walaubagaimanapun, Agama Islam, Agama Allah SWT ini sesungguhnya bukan untuk diperdebatkan akan tetapi dibincang untuk dipelajari dan difahami dan yang paling utama DIAMALKAN DAN DITAATI. Tiap-tiap yang Allah SWT perintahkan hambanya untuk dilaksanakan dan tiap-tiap yang Allah SWT haramkan/larang adalah yang terbaik untuk kita kerana DIAlah yang mencipta kejadian manusia bermula Nabi Adam A.S.Justeru, terserahlah kepada budi bicara dan akal dihati. Sesungguhnya manusia itu berbagai ragam dan fahamannya. Baik buruk sendirilah yang tentukan.Tugas saya untuk menjelaskan kekeliruan telah saya laksanakan. Alhamdulillah moga-moga Allah mengampunkan dosa kita semua.

Andai ada yang 'tersentuh hati'. Maafkan saya.Apapun, pepatah Inggeris : Your dress is your address.Orang yang berakhlak baik dan beriman tentu tidak tergamak melakukan penganiayaan keatas jasad dan roh sendiri.Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, melainkan pesan berpesan tentang kebenaran dan nasihat menasihatkan dengan kesabaran.Andai masih lagi terdapat keraguan dan ketidak puasan dihati, nasihat saya, RUJUKAN KEPADA YANG ARIFditempat-tempat yang berhampiran masing-masing.Sedikit kata-kata renungan dari saya.

TIKA DETIKNYA BERMULA
….Untuk 'berjaya' (Dunia dan Akhirat), kita harus berubah, Perubahan amat penting untuk mencapai matlamat. Tanpa berani mengambil risiko untu kmelakukan dan memulakan perubahan sampai bila pun seseorang itu hanya berlegar dalam ruang yang sempit ciptaannya sendiri.Allah berfirman bahawa DIA tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mahu berubah. Ianya harus dilakukan dengan kesedaran dan keinsafan, bahawa dirinya harus berubah untuk kecemerlangan pada masa depan.Untuk itu sesuatu pengorbanan harus ditempuhi dan ianya juga selalu melibatkan perbuatan meninggalkan apa yang kita suka dan melakukan apa yang pada mulanya tidak kita gemari dan merasakannya sebagai beban.

Tetapi itulah yang sebenarnya kecemerlangan, yang cuba digapai oleh ramai orang yang selalunya tidak berkeyakinan, belum bersedia, tidak tetap pendirian,kurang berani, tidak mahu mengambil risiko, malu menempuh kegagalan, sering ego, merasa diri cukup sempurna dan sering tidak mahu menghadapi kesukaran.Percayalah, tanpa kesukaran dan halangan, kecemerlangan selalunya tidak tulin dan tanpa ketulinan, selagi itulah mereka hidup dalam kepura-puraan dan tidak puas serta tidak bersyukur kerana mereka sendiri tidak dapat merasa nikmatnya kejayaan selepas berjuang dari sebuah kegagalan.-

Ummi_Nur_Jannah@...

Sumber-sumber rujukan/maklumat.
- Al-Quran (tafsir) - Prof. Dr. H. Mahmud Yunus
-Amaran dan Janji Allah untuk Wanita dan Lelaki dalamAl-Quran - Naveer Mohd bin Syed Mohamad.
- Kelebihan Wanita Solehan - Jaafar Salleh
- Forum Menjengah Kecantikan Hakiki - (Rahmat Ismail)Rahmat Training Consultance.
- Bengkel Busana Khadijah - Dato' Dr. Mashitah Ibrahim
- Aurat Wanita Menurut Islam - Dato' Ismail Kamus
- Sekuat Mana Iman Kita - Dato' Ismail Kamus

nov 2002






















No comments:

Post a Comment

nyatakan kebenaran, walaupun pahit..