Friday, June 26, 2009

ANTARA REALITY DAN FANTASI


lepas keluar posting aku pasal Akademik Fantasia tu, aku dapat banyak respond, yang suka yang benci, siap hantar macam2 dalam mailbox aku, dugaan betullah, tapi tak apa, bukan senang nak menegakkan kebenaran, inilah dugaannya.. aku malas dah nak hantar artikel berkajang, so aku hantarlah pantun bersekali bbrp surah yang berkaitan dengannya..


REALITY FANTASI

Kita seronok berfantasi
Bagai tiada apa yg dapat membatasi
Walhal kita sedar tentang reality
Bahwa hidup ini pasti akan mati

“Bagi tiap2 ummat ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, tidak dapat mereka minta mengundurkannya tidak pula minta mendahulukannya sesaat jua pun “ ~ Al- A’raaf : 34

“dimanapun kamu berada, maut akan mendapatkanmu (pabila sampai ajal) sekalipun kamu berada dibenteng2 yg tinggi lagi kukuh” ~ An- Nisa :78

Kita seronok berfantasi
Nikmat hidup dunia yg tak terperi
Andai itu semua mampu kita miliki
Terasa ingin hidup 1000 thn lagi

“Tidak dinamakan kehidupan didunia ini melainkan permainan yg sia2 hiburan yg melalaikan.Dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi org2 yg bertakwa,apa tidakkah kamu memikirkan” ~ Al – An’aam : 32

Kita seronok berfantasi
Menjulang panji duniawi
Cubalah kita semua membayangi
Bagaimana azabnya di kuburan nanti

“Kubur itu satu lubang dari beberapa LUBANG NERAKA atau satu kebun dari KEBUN2 DISYURGA” – hadis : Baihaqi Ibnu Abiddunyya

Alangkah hebatnya kiranya engkau melihat org2 yg zalim itu dlm sakaratulmaut. Sementara malaikat menghulur tangan2 mereka sambil berkata : KELUARKANLAH NYAWA2 KAMU, DIHARI INILAH KAMU AKAN DIBALAS DGN AZAB YG PEDIH” ~ Al- An’aam : 93

Kita seronok berfantasi
Perintah Allah kita engkari
Tak gentar gerun Allah murkai
Balasan dosa kita tidak peduli

“Janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dgn sombong sesungguhnya engkau tidak dapat menembusi bumi takkan sampai engkau setinggi gunung” ~ Al – Israak : 37

“Barang siapa mendurhakai Allah RasulNya dgn melampaui batas2 (laranganNya),nescaya Allah masukkan dia kedlm neraka, serta kekal didlmnya dan utknya siksa yg menghinakan” ~ An – Nissa : 14

Kita seronok berfantasi
Hatta lupa segala dosa utk kita tangisi
Kesal sekejap esok lusa ulang lagi
Perkara yg mungkar itu yg kita junjungi

“apabila manusia ditimpa kemelaratan, mereka berdoa (memohon)kpd Tuhannya serta bertaubat kpdNya, kemudian apabila Allah merasakan rahmatNya kepada mereka, tiba2 satu golongan diantara mereka mempersekutukan Tuhannya” ~ Ar – Rum : 33

“Jikalau kamu tahu apa yg aku tahu, nescaya kamu menangis banyak kamu ketawa hanya sedikit” – hadis : Bukhari Muslim.

Kita seronok berfantasi
Reality kita tolak ketepi
Kalaulah kita mampu menyedari
Tentu kita bersungguh mengawal nafsu nafsi

“Sesungguhnya Allah tidak menganiya manusia sedikit pun, tetapi manusia sendiri menganiya dirinya” ~ Yunus : 44

“Dan sesiapa yg dpt menahan diri dari nafsu maka sesungguhnya syurgalah tempatnya” ~ Al- Nazi’at : 40

“Dan sesiapa yg terpelihara dari kekikiran jiwanya merekalah org2 yg beruntung” ~ Al- Hasyr : 9

Kita seronok berfantasi
Cubalah pula sujud pada Ilahi
Menyampai Syukur beserta menyesali
Atas segala kelalaian dan nikmat dikecapi


Katakanlah! Wahai hambaKu yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri.janganlah kamu berputus asa drpd rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya. Sesungguhnya dialah yg maha pergampun lagi maha penyayang” ~ Azzumar : 53


“barang siapa mengerjakan kejahatan atau menganiya dirinya sendiri,kemudian ia meminta ampun kpd Allah, nescaya ia “memperolehinya, Allah maha pengampun lagi maha penyayang” ~ An – Nissa :100


Kita seronok berfantasi
Walau telah banyak ‘tanda’ kita saksi
Dunia ini rasanya tidaklah lama lagi
Akhirat itulah tempat abadi

“tiap2 yg berjiwa akan merasa mati sesungguhnya pada HARI KIAMAT sahajalah DIPERHITUNGKAN PAHALAMU. Barang siapa dijauhkan dari neraka dimasukkan kedlm syurga, maka sungguh ia telah beruntung. KEHIDUPAN DUNIA INI TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN YG MENIPU” ~ Ali – Imran : 185


“Hai org2 yg beriman mengapa jka dikatakan org kepadamu, berperanglah kamu pd jalan Allah, lalu kamu berlambat2 duduk ditanah? Adakah kamu suka KEHIDUPAN DIDUNIA INI DRPD AKHIRAT ? MAKA TAK ADALAH KESUKAAN HIDUP DIDUNIA INI BERBANDING AKHIRAT MELAINKAN SEDIKIT SEKALI” ~ At – Taubah : 38

Kita seronok berfantasi
Terleka nikmat syurga duniawi
Walau janji Allah diakhirat nanti
Ada syurga neraka bakal didiami

“Barang siapa yg mengerjakan amal saleh, baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk kedlm syurga dan mereka tidak teraniya sedikit pun” ~ An – Nissa : 124


“org mukmin itu kuburnya ditempatkan disatu kebun yg hijau, diluaskan kuburnya tujuh puluh hasta diterangkan baginya seperti bulan purnama : hadis – Ibnu Majah


“sesungguhnya kami jadikan utk ISI NERAKA JAHANNAM itu kebanyakkannya dari jin manusia. Bagi mereka ada jantung hati (tetapi) TIDAK MENGERTI DGN HATI, bagi mereka ada mata (tetapi) TIDAK MELIHAT DGN MATANYA dan ada telinga (tetapi) TIDAK MENDENGAR DENGAN TELINGANYA, mereka itu seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat, mereka itulah org2 yg lengah” ~ Al – A’raaf : 179

Wallahu’alam………..

Thursday, June 4, 2009

FANATIK TAK BERTEMPAT


emm... dah agak dah, lepas je pantun aku tu keluar, disamping beberapa orang penulis menegur aksi / agengan berpelukan tu, maka ramailah peminat fanatik yang tampil dengan hujah2 yang menyedihkan.. demi mengiyakan dan membenarnya apa pun saje tindakkan yang tidak sepatutnya.

aku pun tampillah dengan pendapat aku pula...

AFundi II : ISLAM IMAN IHSAN

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya tidak menjangkakan samasekali bahawa ‘virus’ Akedemik Fantasia akan menyebabkab penyakit perang pendapat sehingga ketahap membongkar beberapa kepincangan cara pemikiran kita dilaman RJ tersayang ini.

Seperti dlm seloka saya yg lalu, nampak2 gayanya yg terlebih2 OVER ni peminat fanatik AF, sehinggakan yg mungkar telah dihukumkan sebagai ‘dibolehkan’ akibat ‘soal hati’ yg kononnya tak dapat dijelaskan dgn kata2, kecuali yg mengalami. Tanpa mengambil jalan menjunjung agama yg mulia utk dijadikan pedoman & panduan dlm menangani segala rencam kehidupan.

MATLAMAT TIDAK SESEKALI MENGHALALKAN CARA.

ISLAM

Kita, yg buat jadi macam gini kerana lebih banyak ‘bersebuk2’ hal dunia dari hal2 akhirat. Pada sesetengah dari kita Islam hanya pada nama, borang2 permohonan, atau surat beranak je. Bukan pada amalan harian kehidupan. Kalau ada org kata kita tak Islam, kita marah, kadang2 kita memang tahu sesuatu tu tak betul tapi oleh kerana segala yg Allah janjikan sebagai balasan , dosa / pahala tu tak nampak oleh mata zahir kita. Tu yg buat kita ‘alah, sikit lebih kuranglah’.

Rukun Islam ada 5, (tentu semua taukan),itulah asas bagi keislaman seseorg. Tak sempurna Islam kita andai kita mengabaikan rukun yg lima ini. Apatah lagi kita bersyahadat: tiada tuhan selain Allah. Maka bila Allah perintahkan agar kita meninggalkan dosa2 besar dan segala bentuk perbuatan MUNGKAR yg diharamkan oleh Allah, kita boleh pula main tarik tali.

Kita mungkin terlepas pandang bahawa tak secara lansung kita bagaikan …bagaikan ada tuhan lain yg berkata ‘bahawa perbuatan2 yg mungkar itu tak salah kiranya dlm keadaan tertentu’…jadi kita ikutlah kata tuhan yg kedua ni. Apa hukumnya? tanya yg lebih arif!…

Sebab kalau kita benar2 seorg yg membuktikan ‘penyaksiannya keatas kebenaran Alah dan Rasulnya’ tentu kita takut serta tetap dgn pegangan bahawa ;walau dalam keadaan apa sekalipun, yg bathil tidak akan menjadi sebaliknya.

Biar apa sekalipun alasan yg dijadikan sebagai asbab utk membolehkan apa2 perilaku/perbuatan yg mungkar, ianya tetap bersalahan dgn hukum Tuhan… tak kiralah walau nanti pada akhirnya dgn tujuan kebaikan.

HATI

Lagi satu bercerita soal hati ,bagi saya kita jgn senang2 ketegori soal hati secara ‘membuta tuli’. Cakap tanpa berfikir, berpandukan akal waras (bukan beremosi) & iman.

Kenali fungsi hati dlm tubuh manusia (baca cari sudut agama/ bukan yg tak sewaktu dgnnya). Hati diketegorikan pada banyak peringkat, hati subur, hati kotor/hitam, hati sakit (bukan sakit hati),hati lalai, hati buta, hati keras dan paling malang hati yg telah mati!.

Utk pengetahuan semua (termasuklah saya) akibat dari hati2 yg mempunyai berbagai masalah inilah maka lahirlah penyakit2 masyarakat yg pd akhirnya menjurus kebinasaan. Andai benar2 seseorg itu mempunyai hati yg subur ( yg sentiasa takut serta taat akan Pencitanya) kalau dibaca terbalik pun maka tidak akan tergamak berpeluk2 sakan dgn yg bukan muhrim, tu baru 3 bulan berkenal mesra (saya tak kata tinggal bersama).

Hatta ceritalah, yg betul2 logik tanya berapa ramai yg nak peluk abg ipar/adik sendiri? sepupu sepapat sendiri/ Pak/mak sedara?, pak/mak mertua? Adik/abang sendiri?

Walhal kalau ikut sudut moden, ipar kita tu dah kawin dgn adik/beradik kita apa salahkan, sepupu sepapat tu kan anak2 pak/mak sedara kita, pak/mak sedara tu kan ke adik beradik pak/mak kita. Pak/mak mertua tu pula kan ke dah ibarat mak/pak kita. Kalau ada yg peluk2 pun mungkin kpd pak/mak mertua, pak/mak sedara yg dah tua2 benar. Atau anak2 kandung mereka je, anak2 menantu ni jarang atau segan apatah lagi yg masih Ganteng, rasa2nya ngak bisa kok.

Tapi ramai yg rasa2nya tak akan buat begitukan, segan dan beradap, itu yg kita panggil adap2 dlm Islam, menghalalkan yg sebahagian dan mengharamkan sebahagian yg lain dan menjadikannya sebagai satu pedoman utk melayari kehidupan.

Hatta adik beradik kandung lelaki dan perempuan yg lahir dari rahim yg serupa pun Islam telah gariskan agar dipisahkan tempat tidur mereka apabila mereka telah mumayiz (mula cerdik, perempuan 9 thn, lelaki 7 thn) bagi menghindari dari berlakunya sumbang mahram.

Bukan fasal tak didik, kena ingat IMAN tidak boleh diwarisi macam harta pusaka. Justeru kalau bapanya diiktiraf sebagai Iman besar ke/ Mufti ke tak ada jaminan samasekali dari Allah swt, yg dia, anak2 & kaum keluarganya akan dijauhkan dari segala bentuk ancaman godaan Syaitan yg bersumpah utk menyesatkan anak Adam hingga ke akhir zaman.

Kan banyak contoh yg berlaku keatas setiap nabi2 tertentu, kisah bagaimana nabi2 ini, rasul yg diutus Allah swt, juga tak terlepas. cth paling mudah nabi Adam (ramai lagi kalau rajin baca buku2 Agama ni), hatta kisah Barshiha yg beribadah 220 thn akhirnya mati dlm kekarifan akibat hasutan Syaitan. Inikan pula kita yg baru 20 –30an umur, alahai… berapa lamalah sangat kita beribadat,tolak umur tu, tolak tertinggal ni… gitu gini mungkin baru 3 thn kita beramal?

Lagipun kita org timur. Adat budaya kita, itu yg membuat kita berbeza dgn org barat. Nanti ada yg kata, tu yg buat kita tak maju… tak maju amendenya????? Yg mungkar haram dan segala kebhatilan mereka yg kita beriya2 amal dan ikut, segala kegigihan, disiplin,keazaman dan berbagai ‘kebagusan’ lain yg menjana jati diri & meningkatkan ilmu dunia kita tak ambil kisah sangat pun.

Siapa yg cuba2 memberi nasihat/teguran dan ada selit unsur2 dari sudut agama diketegorikan ketinggalan zaman, walhal zaman tu yg patut mengikut Islam kerana Islam agama hingga akhir zaman, tak kiralah zaman batu ke, zaman pra-sejarah ke, zaman melenium ke zaman kitar semula ke?. Bayangkan kalau kita kata Islam yg patut ikut zaman, maka kalau zaman org2 bebas mengamalkan cinta sejenis,maka islam sesuai cinta sejenis, zaman org2 bertelanjang, islam ikut sesuai dgn mereka yg bertogel2an. Mana akal taruh???

Ialam tidak boleh diibaratkan, sebagai harus tunduk dan mengikut zaman, tapi zaman dan manusialah yg wajib tunduk kepada Islam.

Tulah fasal, bila ada teman2 yg berbicara bab2 agama, ada suara2 sumbang membuat tomahan yg bermacam2, akhirnya ‘mencari sang sufi’ jadi sepi. Ada sesiapa nak tolong beritahu ye, samade kita yg tak mahu belajar atau malas belajar atau yg tak makan ajar atau terkurang belajar sebenarnya.

Disuruh kita menggunakan ‘metoda permikiran saintifik’ kita guna ‘metoga pemikiran dogmatik’ (menerima apa saja yg disarankan tanpa mahu menggunakan akal fikiran). Langung tak mahu membuka minda, statik disitu, situlah. Sayang bangsa kita yg paling mudah hanyut. Alasan yg diberikan utk agengan peluk2an, hanyalah persekitaran, persahabatan dan keakraban yg dibena dlm tempuh 3 bln, sudah dianggap sesuatu yg ‘besar’ sehingga mengharuskan serta membenarkan, malah sokongan yg diberi ibarat perkara tu biasa pada semua org, cuma beberapa kerat warga RJ ni je yg tak mau mengakuinya.

Malah ada pula yg mengatakan kalau anak2 ‘kamu’ pula yg masuk mungkin sama juga, peluk meluk juga. Izinkan saya menjawap bagi pihak warga RJ yg tidak besekongkol dgn perkara2 sumbang seperti ini bahawa : ia mungkin saja biasa di kalangan anda2 semua, tapi tidak kami.

Sebab itulah sebagai ibubapa walau bagaimana sebuk dan berusaha mencari rezeki utk keluarga pun wajiblah kami memberi ruang dan masa serta tunjuk ajar dan bimbingan kepada generasi kami menerangkan kpd mereka apa yg diharuskan dan apa yg diharamkan didlm hidup yg BERLANDASKAN ISLAM.

3 Augus 2003
bersambung.........

Wednesday, June 3, 2009

MARI KITA BER FANTASI



Emmm... ini kisah AKADEMIK FANTASI untuk muda mudi melayu kita, masa tu, AF ni baru sangat, rasanya thn pertama dia diadakan, masa tu ramai lah yang terkujat tenguk dalam adengan kena halau keluar (bahasa halus undi tak memihak). maka terlihatlah oleh mata bahawa kesedihan yang melanda sanubari pelajar2 ini amat 'ikhlas', sehinggakan tanpa rasa bersalah, maka untuk menyatakan rasa hiba dan simpati, arakian terdapatlah aksi 'terpeluk' lelaki perempuan yang dirasakan.. boleh tak apa..

maka terkejutlah mak pak tuk nek kat kampung, maka bisinglah mereka ini akan adengan yang tidak sepatutnya berlaku, maka ditentanglah pula oleh juak2 pengokong fanatik sekolah angan2 ini...

Maka aku pun apa lagi,. eh timbullah pulak idea tu...

*******

Terserah, andai ada yg sudi mencari yg tersurat sebalik yg tersirat dan maaf kalau ada yg terasa hati.

nyanyi sikit ala2 Anita Serawak gitu…..


AFUNDI : USAH FANATIK

Mari kawan2 dengar ini cerita,
Ada satu ‘demam’ baru melanda
Konon mencari bakat seni remaja
Akedemik fantasia diberi nama

You know apa yg jadi pada suatu hari
Peserta yg paling berbakat tak diundi
Dia terkeluar peminat takpuas hati
Sampai jadi isu di RJ ini

Tak kisah itu memasing punya suka
Tapi yg tak sedap kaitkan isu agama
Sampai bercakap macam tak ingat apa
Ini hal dunia yg itu hal ‘disana’

Janganlan bercakap ikut sedap nafsu
Tuhan bagi akal cuba guna dulu
Kalau tak tahu bawalah berguru
Tak lah pendapat tu haru biru

Akedemik Fantasia baru permulaan
Setakat mencari bakat masa depan
Janganlah sampai taksub meraban
Hinggakan akidah diperlekehkan

Tidak menyokong, malah membantah
Saya memang tak berkenan dgn semua telatah
Para peserta 90% yg muslimin & muslimah
Asyik ber ‘fantasi’ bila masa beribadah

tak salah guna bakat Tuhan beri
Walau kononnya nak menegakkan seni
Tapi hidup kita ‘Dia’ yg aturi
Tak guna bakat kalau tak diberkati

Betul juga, tu baru dlm sekolah (akedemik)
Dah jadi artis betul, boleh punah ranah
Agama tak jaga , apalagi akidah
Bila ditegur ‘peminat’ lak terlebih latah

Pokok pangkalnya hidup harus berlandasan
Walau apa terjadi, hati ‘kenal’ Tuhan
Baru kita mampu mempertahankan
Walau pun terharu tak yah berpeluk sakan

Ada yg kata jangan nak hipokrit
Cermin diri dulu baru leh menjerit
Banyak hal lain yg dikait mait
Walhal ni kisah AF yg semakin ‘perit’

Tak kan org lain tak boleh nak menegur
Walau tak guna ‘psikologi berundur’
Tak pasal ini pun(reverse psychology) anak muda semakin lebur
Yg tu banyak dari keluargalah punya atur

Matlamat AF memang tak tak leh lawan
Tapi presiden lupa tambah garis panduan
Bab disiplin lain boleh diutamakan
Isu sensitif kenapa dilupakan

Adat org timur bukannya begitu
Apatah lagi Islam itu Ad’din ku
Tok nenek kat kampung nenguk pun mati kutu
Dari mulanya bangga kini dapat malu

Dlm pada bagus banyak yg tak kena
Akhirnya ternampak yg buruk saja
Marilah kita muhasabah bersama
Bagaimana minat pun biar sederhana

Janganlah sampai taksub tak bertempat
Peserta tersingkir bukan tak berbakat
Kalau betul gaya, tak ke AF pun boleh hebat
Walhal dah tak de, dihati masih lekat (P.Ramlee
cthnya)

Apapun semua terserah pada diri
Macam mana diterangkan, dah kalau tak mau mengerti
Nanti bermacam hujjah keluar mengiringi
Mengikut fahaman dan cara dianuti

Tegur menegur itu tugas kita
Dah kalau tak suka tak boleh nak buat apa
Terpulang diri yg punya suka
Pilihan akhir pada anda jua

1 Augus 2003

Monday, June 1, 2009

IKUT PERANGAI SYAITAN - BIKIN SERUPA CAKAP


emmm, artikel ini lahir dari beberapa kes 'hentam menghentam dalam RJ kerana tidak puashati dan ya mungkin salah sangka atas bbrp artikel 'berat' yg tidak mudah difahami, maka segala jenis hemburan kesat yg menghentam 'penulis' itu telah menarik aku sekali untuk memberi pandangan
IKUT PERANGAI SYAITAN, BIKIN SERUPA CAKAP????

Telah lama tertinggal RJ, hampir sebln lamanya, bila saya mula menyusuri semula tasik ini dengan sampan kolek saya dari tarikh terakhir (28 Mei 03) terlalubanyak yg harus saya kutip sebagai tauladan & sempadan,hampir menyenget sampan kecil saya ni dek kerana terlalu asyik menimba ilmu, membaca artikelberat, menambahkan lagi keseronokkan yg tidak terhingga kerana dpt menggunakan sel2 nueron saya supaya rajin berfikir. Walaupun kengkadang hampir nak tergeliat Medula Oblongata dan terasa peluh jantan yg mengalir keluar untuk memahami ( agar tidak prejudis tak tentu hala/ berburuk sangka tak pepasal)tapi itulah yg saya lakukan sejak sekian lama.

IQRA...IQRA……IQRA……Tanpa perlu meleret lebih2 (nanti syok sendiri lak), saya ingin kembali ketajuk asal saya yg memungkinkan ramai teman maya mengucap panjang sebelum membaca apa yg saya ingin sampaikan, si Ummi ni buang tabiat agaknya????. Dah kena rasuk apa suruh org ikut perangai makhluk terlaknat tu…

KELIRU???

Menurut guru saya, kita semua adalah manusia yg sentiasa berubah2 pendirian dlm menanggani sesuatu hal. Kekadang sanggup juga melanggar dan mengenepikanprinsip diri semata2 menyuai padankan dengan keadaan. Mungkinkah ini memang sikap semula jadi manusia atau satu sikap yg sebenarnya kita bawa turun temurun yg mana sikap ini boleh diperbaiki?

Menurut guru saya lagi, hanya org yg berani mengambil resiko dan bersedia untuk berubah kearah lebih baik / cemerlang akan sedaya upaya mencari jalan dan cara yg patut dan perlu untuk memperbaiki diri.Dan tambah beliau lagi contohilah sikap syaitan, inilah makhluk paling dilakhnat Allah s.w.t yg mempunyai sikap yg patut kita ikuti?. …..TIDAK PUTUSASA, SENTIASA BERUSAHA DEMI MENCAPAI MATLAMAT SUMPAHNYA. MENYESATKAN SELURUH ANAK ADAM AGAR BERSAMANYA DI NERAKA KELAK.

Itu yg sebenarnya, bukan sikap lainnya yg dengki kianat, mengadu domba, buruk sangka, bla..bla..bla… Saya ni nak menyebuk je, maaflah banyak2 andai ada ygtak suka dgn apa yg saya tulis, mungkin ada yg kata saya merapu tak tentu hala, tapi sebenarnya saya nak tumpang sesudu dlm memberi pandangan PERIBADI (TANPA PREJUDIS)…. Keatas suasana perang keyboard ditasik maya kesayangan ramai nie.

Seperti yg penah saya katakan dulu kita ini berbagai ragam, latar belakang, tarafpendidikan, pergaulan,peganganan dan amalan, taraf status kehidupan dll.Dari yg bawa BMW Sport, Merce,pandu lori,naik bas,suri rumah sehinggalah tok nenek, dah pandai melayari tasik ini, mengikut kelajuan masing2 dan kenderaan tunggangan yg digunakan. Mungkin ada yg sanggup baca tulisan2 berat yg padat dengan bermacam2 point, sehingga ke hujung scroll, tapi ada juga yg baru nampak nama sipenghantar dan tak sanggup nak buka apatah lagi nak baca kerana ke ‘beratan’ bahan kandungan yg ingin disampaikan.
Lalu mencari bahan ringan yg mudah dan menyenangkan otak utk membaca dan faham…. Tak kurang juga yg membaca ‘bahan berat’ itu lalu neuron yg ada sekitar 10 000 000 000 – 1 000 000 000 000 itu menjadi jem atau keliru maka. Terkeluarlah sikap dan sangkaan yg kureng’ tepat lagi tersalah sasar. Mulalah kita mempersoalkan si penaip artikel tersebut, siapa dia? bagus sangat ke dia?setakat mana tinggi pengajiannya dlm hal2 tersebut? Family dia boleh ke dia handle sebagus tulisannya bla..bla..bla…Itulah akhirnya yg kita kutip dari sebuah bacaan.
Bukan kita mengulang baca dan mencari maksud yg tersirat disebalik yg tersurat, bukan kita mahu mengajar otak kita agar mencari maksud yg tersembunyi yg mungkin bernilai utk kita bawa sebagai bekalan hingga ke ‘sana’ kelak. Kita membuat kesimpulan ( yg bersimpul2) dengan menyerang semula sipenulis2 ini dari segenap sudut, ruang dan kesempatan yg ada, tanpa mahu berfikirpanjannnnnnnnnng.
Tapi mampukah kita pula melahirkan satu bentuk tulisanyg sama atau lebih hebat dari penulis tadi, agar dapat menyedarkan dan membangkitkan kita dari keselesaan yg hanya akan membawa kemudaratan.Benarlah kata guru saya, semakin maju dan senang kehidupan kita semakin rapuh dlm berfikir dan semakin ganas dlm bertindak, kepayahan dan kesusahan hidupmemaksa otak agar kita berusaha melepaskan diri secara baik, dan tidak melupai org2 sekeliling utk dibantu sama, tapi kesenangan meningkatkan taraf keakuan diri dan akhirnya kita hanya terperasan yg kita sahaja yg betul, benar, warak, jujur, ikhlas, hebat dan segalanya.
Kenapa kita masih lagi begini? Dulu pernah saya katakan yg kita berhempas pulas menggunakan segala kretiviti yg ada dlm diri utk mencari dan menyalahkan org lain, kenapa tidak kita tukar gunakan sepenuh kretiviti ini utk meningkatkan harga diri dan mengutip segala yg berbeza dan yg bertentangan dgn cara kita, kemudian kita pecahkan ia kepada apa yg boleh diguna pakai ambil, yg rasanya tak betul jadikan sempadan, tak usah buat atau ulang.Cari keserasian dlm perbezaan? Payah sangat ke? Mungkin, tapi ianya boleh kita lakukan dgn jayanya.
Tak percaya, nak kata saya bohong entahlah, tapi ambil contoh bila kita bercinta, kita membesar (katakan 25 thn) dengan cara dan didikan kedua ibu bapa, persekitaran dan pendidikan, pendek kata semuanya yg berbeza dgn pasangan yg kita jumpa.Tapi kita mengenalinya, lalu dapat melihat beberapa perbezaan yg ketara, adakah kita terus saja membencinya, atau kita berusaha bersama, menerima dan belajar menyesuaikan diri seadanya, sehingga mampu sampai membena keluarga bersama. Mungkin ada yg kata, itu lainlah mana serupa, itu bab cintan ‘bekorban apa saja’ ini lain, sampai boleh merosakkan akidah dan memesongkan umat.
Ye, kita akan terpesong bila mana kita sendiri yg mahu terpesong.‘sebenarnya kita adalah natijah dari apa yg kita fikirkan tentang diri kita’ kata guru saya.Cuba sesekali kita membaca dgn tenang, tanpa apa2 prasangka (natural) tak faham rasanya, baca lagi, tarik nafas dlm2 bersandar sambil kebil2kan kedua bijimata tu. Fikir……….kenapa sipolan ni tulis kisah ni, apa sebenarnya… yg nak disampaikan ye… walaupun hampir nak luruh rambut cuba nak faham tapi tak lah kita akan sakit urat leher sebab sakit hati serta bengkek nak mengarang utk menghemtam sipenulis.
Akhirnya bila mereka2 ini tersentuh hati dengan tomahan, dakwaan yg dilemparkan, maka kita merasa bangga kerana berjaya menjatuhkan seseorng itu dgn hanya papan keyboard yg diketuk menzahirkan ayat2 pedas, tak bermaruah dan lansung tak sopan.Itulah yg dimahukan oleh syaitan laknatullah, dan ia berjaya, kita juga yg kerugian kerana hilang satu lagi anak melayu yg berani bersuara, menulis lantang. Kita sedap menghentap peribadi seseorg itu apakah kita lebih baik darinya atau adakah kita jauh lebih daif ?
Kata guru saya org yg suka sakit hati, benci dan segala macam perasaan yg negetif ni mudah jatuh sakit sebab semua perasaan yg –ve ni bila sampai di otak, ia akan disebarkan keseluruh sel badan dan terhasillah bhn kimia yg akan merosakkan fungsi2 organ dalaman. Membaca artikel berat sebenarnya seperti melihat lukisan abstrak. Sepelukis menterjemahnya sebagai perasaan hati, si pelihat yg kurang atau tak ada lansung ilmu seni menterjemahkan sebagai campuran warna yg tah apa2 tunggang langgang dan tak ada nilai lansung. Walaupun kekadang harganya memcecah ratusan ribu ringgit?
Juga kenapa kita tidak menghargai mereka2 yg mampu menulis sehingga ketahap membuat kita terpempan untuk memahaminya. Juga lagi kenapa kita ambil mudah, nak baca artikel bermaklumat tapi biarlah yg biasa2 je, biar yg tak haru biru otak kita bekerja, kenapa kita sanggup manjakan otak yg tuhan bagi utk berfikir tapi kita sayang sangat nak biar dia bekerja utk B E R F I K I R…………
Ada saya baca saranan agar artikel yg tersiar disini yg mudah buat org faham sudah, tak payah nak hebat sangat sampai terpaksa mencari apa yg tersirat disebalik yg tersurat!. Kenapa harus begitu. Sampai bila kita nak maju (dlm menggunakan keseluruhan kapasiti otak) tu baru bab membaca, nak mudah ringkas dan terus je kemaksudnya tak payah nak susah2 fikir.Habis macam mana bab lain, ekonomi, estronomi, geologi dan segala macam jenis ilmu berat2. Dok habis pulut dek bangsa kuffah je ke? Habis yg kita baru lahir 3-4 kerat yg menulis artikel berat yg sebenarnya membantu kita ni berfikir secara kritis bukan kritik!!!!, kita dah terlompat2 marah. Pesong akidah, tak bikin serupa cakap.
Berbeza pendapat memang lumrah, tak ada salahnya malah itulah yg mewarnai dan memberi kehidupan dan kematian didunia ini (fasal beza pendapat tak dapat diselesaikan ,bunuh je). Akan tetapi biarlah perbezaan dan kritikan serta bangkangan yg dizahirkan itu (yg kalau betul org tu bersalah) membena dan memberi peluang utk dia memperbaiki kesilapannya. Bukan jenis hukuman mandotori. Ni tidak habis segala yg tak berkaitan semua disungkit keluar.Kenapa kita tak letak diri kita ditempat mereka, apa rasa kita dihemtam begitu? Agak2 seronok tak, masa tu baru kita kata kita pula yg betul.
Beri hujjah dan pendangan kita hanya pada apa yg kita tak puas hati terhadap penulisan saja sudahlah. Selebih yg bukan urusan berkaitan tak perlulah kita campur adukkan sekali. Saya tidak membela sesiapa disini, kerana saya juga pernah dikatakan cuba memesongkan akidah sewaktu mula2 muncul dgn pantun sinis saya ‘Bertudung vs Berfesyen’.Tapi saya faham, kerana yg menulis (saya) bermaksud lain , yg membaca pula menghuraikan mengikut fahaman masing2.
Jadi nampak2nya sampai bilakah agaknya kita nak membuat anjakan paradigma agar kita sentiasa bersangka baik dan menerima baik segala macam perbezaan sekeliling sebelum kita pula lahir dgn hujjah2 yg pada kita pula benar? Saya pernah ketemu seorg gila bersungut2 “kenapa lah buang sampah merata, aku gak kena kutip, kan kotor, bodoh!. Memang dikutipnya sampah tu tapi dibalingnya kesudut lain, mundar mandir, kutip pula yg dibuangnya tadi, sambil mulut tak berhenti bersungut2. Moral : dalam betul ada salah, dalam salah ada betulnya.Betulah kata sigila tu, kenapa buang sampah merata ,kan kotor menyesakkan pandangan dan kebersihan, tapi dlm masa yg sama yg dikutip disepah semula, tu salah. Habis?
Pengajarannya: jangan buang sampah, tak betulnya jangan buat macam sikurang waras tu buat, kalau kita nak kutip buang, buang je. Jangan tambah lagi sampah yg sedia ada????? Firaun yg Allah laknat tu pun sebenarnya baik tau, kenapa pula? Sebab dia buat semua sifat keji dan mungkar yg ada dimuka bumi ni, jadi Allah janjikan neraka jahanam utknya. Baiknya dia ialah, kerana dia dah buat semua yg bercanggahan dgn kehendak insan dan tuhan maka kita tak usahlah buat apa yg dilakukannya supaya kita tak jadi kengkawannya dineraka nanti.
Berbalik tajuk asal saya , apa kata mulai hari ini kita cuba sama2, walau payah macamana sekalipun, kita cuba TIDAK BERPUTUS ASA DAN BERUSAHA SERTA (BIKIN SERUPA YG KITA IKRALKAN) UNTUK MENGGUNAKAN AKAL YG ALLAH BERI UTK BERFIKIR !Syaitan tidak akan putus asa sehingga kiamat utk menyesatkan anak Adam. Maka kita pun seharusnya tidak putus asa utk melaksanakan perkara2 baik, sikap yg baik ,cara berfikir yg baik agar nanti kita adalah pelopor utk generasi yg akan datang. Kalau kita tidak berubah, maka generasi kita juga tidak akan, kerana kebanyakan sikap2 ini kita warisi turun temurun. Jadi kalau kita berusaha mencari cara dan sentiasa tetap pendirian Insyaallah tiada yg mustahil.FIKIR –FIKIRLAH.
“PEMIMPIN YG BAIK BUKANLAH SESEORG YG MELAKUKAN PERKARA DGN BETUL, TETAPI SESEORG YG TAHU PERKARA BETUL YG HENDAK DILAKUKAN”- Anthony T. Dadovano.
“MEMBENCI ORG LAIN IBARAT MEMBAKAR RUMAH ANDA SENDIRI SEMATA2 UNTUK MENGHALAU SEEKOR TIKUS” – Henry EmersonFosdick.
“KECEMERLANGAN BUKANLAH SATU KEMAHIRAN, IA MERUPAKANSATU SIKAP” – Ralph Marston
akhir kalam apalagi yang boleh saya katakan selain dari ayat lazim ini : kalau ada yg tak bersependapat tak mengapa, itu hak memasing saya hormati pendiriananda semua, kalau ada yg terasa perasaan, maafkan saya maafkanlah saya.

27 june 2003

Sunday, May 31, 2009

JANGAN SAMPAI KITA DIMURKAI


“Ya, Allah, aku memohon kpd Mu, kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yg ada didlmnya dan aku berlindung kpd Mu, drpd keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yg ada didlmnya. Sesungguhnya diatas segala sesuatu itu Engkaulah yg maha berkuasa menentukannya………."

ISTIDRAJ


“APABILA MANUSIA DITIMPA KEMELARATAN (MALAPETAKA), IA BERMOHON KEPADA TUHANNYA SERTA KEMBALI (TAUBAT) KEPADA ‘NYA’. KEMUDIAN APABILA IA DIANUGERAHI NIKMAT DARI TUHANNYA, IA LUPA AKAN APA YG TELAH DIPOHONKANNYA KPD TUHAN SEBELUMNYA, DAN IA ADAKAN BEBERAPA SEKUTU BAGI ALLAH, SUPAYA IA MENYESATKAN (ORANG) DARI JALAN (AGAMANYA). KATAKANLAH: BERSUKA RIALAH ENGKAU DGN KEKAFIRANMU SEMENTARA WAKTU, SESUNGGUHHYA ENGKAU TERMASUK PENGHUNI NERAKA.

Surah Az Zumar, A ;8

“APABILA KAMU MELIHAT BAHAWA ALLAH SWT MEMBERI NIKMAT KEPADA HAMBA ‘NYA’ YG SELALU MEMBUAT MAKSIAT (DURHAKA)KETAHUILAH BAHAWA ORANG ITU TELAH DIISTIDRAJKAN OLEH ALLAH SWT” hadis riwayat At-Tabarani & Al-Baihaqi.

Pemberian nikmat yg Allah kurniakan kepada hamba2 Nya yg beriman adalah dengan kasih dan sayang serta mendapat keredhaan Nya. Manakala pemberian Allah kpd hambanya yg durhaka adalah dengan kebencian dan tidak keredhaan Nya juga disebut: ISTIDRAJ

tentu kita pernah melihat senario seperti ini:
Ada orang yg hidup dlm serba sederhana/kekurangan, walaupun mereka itu menjalankan segala amal ibadah yg menjadi kewajiban spt solat, puasa, solat sunat, puasa setiap isnin dan khamis. Atau ringkasnya menjalankan ibadah wajib dan sunat (setakat termampunya)begitu mereka teguh berpegang kpd tali Allah, Kadangkala dlm masa yg sama mereka tetap diduga Allah Swt, sehingga jika dilihat pada mata kasar seperti segala amal baik yg dilakukan selama ini tidak dipandang Allah dan mereka hanya seperti mendapat nasib malang kerana berbagai dugaan menimpa mereka. Namun mereka tetap sabar, redha dan bertawakal kepada Allah, tanpa berhenti2 berusaha dan bermunajat kpd Nya, kerana mereka sedar dan yakin segala yg terjadi itu adalah kehendak Allah jua dan mereka tidak mempertikaikannya kerana mereka tahu bahawa hanya Allah yg maha mengetahui segala muslihat yg terkandung disebalik tiap2 kejadian, juga berkemungkinan inilah yg dipanggil saham yg akan mereka tuai diakhirat kelak (wallahu’alam).
Manakala terdapat pula satu kelompok manusia yg tidak melakukan segala suruhan dan perintah Allah, melakukan banyak kemungkaran dan maksiat kadangkala dengan bangganya mereka bercerita kpd org lain dan lebih dasyat juga menjerumuskan org lain kearah kesesatan,
tapi Allah Swt. tetap juga mengurniakan mereka kesenangan didunia ini, dengan kemewahan yg melimpah ruah, kenderaan yg ratusan ribu, harta bergedung2,wangringgit tak terkira sehingga mereka menganggapkan bahawa Allah Swt. tidak kisah (murka) serta tetap menyayangi mereka.

Begitulah, bilamana manusia keliru diantara nikmat/rahmat dan ujian Allah, serta istidraj/derhaka dan bala Allah. Org2 yg sabar kepada ketentuan Allah dan redha (bukan setakan berserah tanpa berusaha) dan bersyukur dengan segala nikmat disamping terus juga berusaha walaupun payah,namun ada ‘kenikmatan dan kelazatan’ yg tidak mampu dijelaskan dengan kata2, hanya difahami dengan mata hati dan keimanan yg tinggi dan ikhlas…….bahawa segala perlakuan amal dan ibadah yg mereka kerjakan semata2 kerana Allah Swt. segala balasan dan perhitungan hanya Allah jua yg maha mengetahui.

Manakala mereka yg durhaka terkeliru dengan menyangka bahawa segala kekayaan dan kemewahan duniawi yg mereka kecapi itu adalah hasil usaha keras mereka sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa, lalu merekalah yg berkuasa sepenuhnya keatas segala2nya. Kalau mereka terfikir pun tentang tuhan, bagi mereka tentulah tuhan tidak marah keatas segala kemungkaran yg dilakukan. Kalau tuhan tidak suka sudah tentu mereka tidak hidup mewah serta sudah tentu Allah telah menghukum mereka.Bagi mereka kesenangan dan segala kenikmatan yg mereka perolehi setelah penat mencari, haruslah diguna pakai sepenuhnya, mereka menyangkakan bahawa kematian masih jauh dari menjemput mereka, oleh itu utk menginsafi atau bertaubat atas segala dosa bolehlah dilakukan pabila umur menjelang tua.
Lebih malang kiranya sehingga tua dan mati pun mereka masih tenggelam dalam ‘kelazatan maksiat dunia’ yg hanya membawa mereka kejalan kehancuran. APAKAH NIKMAT YG KITA TERIMA SELAMA INI DIREDHAI ALLAH Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa mengkoreksi diri (muhasabah diri) apakah nikmat yg kita dapat dan kecapi selama ini diberi (pinjam) oleh Allah Swt dengan redha Nya atau secara ISTIDRAJ.
Kemana segala nikmat dan kesenangan atau rezeki yg selama ini diperolehi kita halakan,adakah kearah kebaikan,dikongsi bersama yg memerlukan, (bersedekah, memberi bantuan dll) atau segala kemewahan yg kita kecapi kita halakan kejalan mungkar, buat parti dengan segala unsur2 maksiat (tari menari lelaki perempuan, arak , dll sempena dapat tender/projek, sambut hari lahir, merasuah bershubahat dlm perkara2 yg menjurus kemungkaran ).

Masih tidak jelaskah, istilah ‘mencari rezeki’? Dari situ kita seharusnya telah sedar dan insaf bahawa segala kesenangan dan kemewahan yg kita kecapi dan kita banggakan selama hari ini bukan kita yg punya. Kita terpaksa mencari dengan segala susah payah, dgn kudrat yg ada dan sepatutnyalah dengan cara yg halal. Kerana rezeki yg kita perolehi dengan cara yg salah dan dicampurkan dengan segala macam unsur2 mungkar atau shubahat adalah haram dan tidak berkat dan bolehlah dikategorikan dlm keadaan Allah beri tapi tidak meredhainya atau ISTIDRAJ.

Lihat saja contoh yg banyak disekeliling kita yg mungkin kita sendiri kenal atau terbaca didada2 akhbar atau majalah. Atau mengambil contoh dari kisah2 dlm banyak kitab2 sejarah Islam tentang kisah manusia yg Allah Swt beri mereka kemewahan yg tiada tolok bandingnya akan tetapi menderhaka kepada Allah, tidak beriman malah menganggap mereka lah yg paling berkuasa, maka segala kemewahan yg dikecapi sebenarnya adalah dengan tidak keredhaan Allah kepada mereka dan akhirnya mereka hancur dalam keadaan yg sangat hina.

Firaun yg gagah mengaku Tuhan, nikmat Allah kepadanya tidak terkira,bersih pun dia tak pernah, sakit pun tak pernah. Kerana bongkak dan menyangka dirinya hebat, menolak utusan Allah (nabi Musa a.s) akhirnya dia mati juga, binasa ditelan dengan mudah oleh laut mati.

Namrud, dengan sombong membakar utusan Allah (nabi Ibrahim a.s) akhirnya hanya kerana seekor nyamuk,yg masuk kedlm lubang hidungnya, Namrud yg gagah menemui ajal.

Tidak ada seorg manusia pun sekarang ini yg sekaya Qarun, anak kunci gudang hartanya saja perlu dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya kerana keanggkuhannya Allah tenggelamkan ia bersama2 hartanya. Luput ditelan bumi sehingga sekarang ramai yg mencuba nasib ‘mencari harta karun?’

Oleh yg demikian adalah tidak menghairankan, tak perlulah ada diantara kita yg merasa irihati dan cemburu kepada mereka2 yg nampaknya berkedudukan,kayaraya, berharta, punya gelaran dan segalanya kerana kadangkala mereka ini adalah didlm kemurkaan dan kebencian Allah semata2. Sebab itulah ada segelintir org yg kadangkala ada peluang utk dia menjadi kaya dan berharta tapi sengaja melepaskan peluang tersebut semata2 tidak mahu hidup dlm kemurkaan Allah.Biarlah kita hidup dlm keadaan yg sedernaha, tetapi kita dikasih dan sentiasa dibawah payung rahmat Allah, sentiasa disayangi dan didengar munajat2 kita kepadanya, kerana sesungguhnya Allah amat suka mendengar suara2 hambanya yg sentiasa merendah diri dan memohon2 (berdoa) kepadanya.

Walaupun kadangkala kita lihat seperti segala hajat kita semacam tidak kesampaian, sebenarnya Allah telah ada menyediakan bahagiannya utk kita.Samada sedikit cepat, terlambat atau tidak ditunaikan lansung didunia ini tetapi disimpan bahagian itu di akhirat kelak, tapi itu semua adalah ‘kemuslihatan’ yg hanya Allah jua yg maha mengetahui (Wallahu’alam).

Namun seandainya kita bercita2 untuk menjadi kaya (Allah mengurniakan nikmat mewah, berharta berkedudukan dll utk kita gunakan, Islam tidak suruh umatnya agar hidup didlm kemunduran dan kemiskinan semata2 untuk mengabdikan diri utk Agama). Kerana kemiskinan dan kejahilan hanya akan menyebabkan umat Islam mundur dan tidak dapat membantu umat Islam lainnya, lalu kita akan ditindas dan dibuli seperti yg terjadi sekarang ini.Semata2 kerana sikap kita yg sering menganggap sesuatu pembaharuan atau perkara yg jarang atau tidak pernah dilakukan, sebagai boleh merosakkan akidah, menyesatkan, anti Islam dan sebagainya, tanpa mengkaji dan memahami setiap sesuatu itu sehingga keakar umbinya sebelum menjatuhkan hukum.Sebolehnya kita berusaha dengan cara yg betul dan tidak membelakangkan perintah Nya & larangan Nya.

Carilah dan nikmatilah segala kurniaan Allah itu kejalan yg diredhai dan sentiasa bersyukur serta beringat agar kita tidak menyalahgunakan segala limpah nikmat itu kejalan yg salah dan mungkar. Membantu dan menyebarkan segala peluang yg boleh memajukan diri kepada anak bangsa tanpa ada sikap pilih kasih, jujur dan ikhlas tanpa mengharap balasan, kerana segalanya akan dinilai oleh Allah Swt serta diberi ganjaran dari dunia hinggalah akhirat.Bagi yg terleka akan hukum dan kemurkaan Allah balasan dan azabnya amatlah berat yg mana pada akhirnya akan membinasakan kita sendiri.

Bila kita telah mula lupa daratan maka akhirnya segala yg Allah beri ‘pinjam’ kepada kita tidak lagi dapat membantu kita dan mulalah kita ‘merasa’ ‘balasan’ yg Allah beri tetapi tidak ‘melihat’.Kerana kita tidak insaf dan sedar bahawa Allah telah murka dan membenci kita, walaupun dlm masa yg sama kita masih lagi dibaluti kesenangan, kemewahan, dll.

Tapi keadaan sedikit2 mula berubah, andai suami/ isteri mula menjadi bermasalah dlm hubungan, mungkin masing2 mula buat affair, anak2 mula menjadi liar, tidak menghormati ibubapa, melakukan perbuatan maksiat, kesihatan mula terganggu, musuh lebih ramai dari sahabat, kawan2 hanya mengambil kesempatan, menjulang bila kita senang dan menjauh bila kita mula terduduk,itu belum tersungkur. Segala macam business, contact dan projek mula bermasalah. Kita tidak rasa aman lagi, sentiasa berkeluh kesah, terasa ada saja yg mengganggu fikiran, akal menjadi kusut, perlakuan semakin tidak keruan.

Akhirnya dengan wang ringgit, harta, kedudukan dan pangkat yg tidak terbilang itu, kita tidak menemui kebahagiaan yg hakiki, tidak puas dan rasa cukup2. Segalanya tidak lagi menjadi nikmat, sedikit2 kemurkaan Allah dizahirkan kepada kita dan sudahnya andai kita tidak juga sedar dan insaf atas tiap sesuatu yg terjadi, kemana sudahnya kita ini? ………….mahukah kita pergi menghadap Ilahi dengan keadaan terhina sekali (nauzubillah)

Oleh yg demikian marilah kita menginsafi diri, memohon keampunan dan taubat keatas segala kekhilafan lalu yg pernah kita lalukan, bermunajat agar Allah Swt sentiada mendengar dan mengkabulkan segala doa kita serta berharap agar kembalinya kita nanti menemuinya diletakkan didlm ‘golongan orang2 yg sedikit’ amin ya rabbal ‘alamin.

“Ya Allah, aku berserah kpd Mu, pekerjaan ku dan jiwa raga ku dan aku bertawakkal kpd Engkau Ya Allah.”

UMMI NUR JANNAH
9 may 2003