Sunday, May 17, 2009

POLIGAMI vs MONOGAMI

yang ni bab Poligami, eh eh... masa memula menulis dulu rupanya aku suka berpantun seloka, eh eh.. tak sangka yek..


Monogami -vs- Poligami

Assalamualaikum pemula bicara
Kali ini isu POLIGAMI punya cerita
Bukan main-main atau pun untuk suka-suka
Melibatkan keluarga, hidup mati dan Agama

Seorang isteri mengharapkan hanya seorang suami
Tapi dalam Islam, suami boleh berpoligami
Kalau tau hukum, pandai pula mengadili
Dah tentu tak ada kes isteri makan hati atau digantung tak bertali

Tapi yang banyak terjadi, para suami buta hati
Langsung tak menghargai semua pengorbanan si isteri
Dapat pula awek gebu, licin pula dahi
Akal jadi pendek, hanya bertuhankan nafsu nafsi

Poligami tu halal, jangan cuba dipersoal
Hukum Allah diguna pakai, bukan suruh dipertikai
Mula kawin dulu, semua perkara 'eh! tak ada hal'
Bila ada masalah, perangai macam orang kurang 'akai'

Banyak faktor sebabnya poligami
Jangan senang-senang asyik nak tunding jari
Mungkin memang ada salahnya si isteri
Atau pun memang miangnya sang suami

Mula-mula buat kaum isteri
Marilah kita menilai diri
Peribadi dan akhlak kita dikaji
Kalau semua o.k. Insyallah no poligami

Kadang terdapat si isteri Queen Qontrol
Semua suami buat mesti kena lapur
Jadilah suami nampak cool, tapi 'menggelupur'
Masuk pintu depan, pintu belakang dia bocor

Ada juga isteri yang alpa bab satu ini
Lebih mengurus hal sendiri dari melayan suami
Suami dambarkan hormat, taat dan dikasihi
Tapi kita 'busy' sampai dia makan hati

Sibuk urus 'luaran' tapi tak jaga 'perasaan'
Lelaki ni fitrahnya, lebih hendak belaian
Dah asyik sibuk, business dan berpersatuan
Suami nak buka 'cawangan' kita mengaruk sakan

Ada juga isteri yang suka bentak-bentak suami
Hidup nak 'high class' walhal suami cuma bawa teksi
Kena arah buat itu, mesti dapatkan yang ini
Manalah suami tak teringin kawin lagi

Tu pasal kekadang bila suami buka cawangan
Isteri barunya bukan kelangan jelitawan
tapi cara belai dan layan yang menawan
Macamanalah hatinya tak tertawan

Diri kita dulu patut dikoreksi
Yang mana rasa kurang cubalah perbaiki
Kalau dah elok sentiasa, tingkatkan lagi
Mudah-mudahan rumahtangga kekal harmoni

Mana ada isteri yang suka poligami
Kalau ada yang rela, dalam diam tetap terasa hati
Namun kita hambaNya yang sentiasa diuji
Hanya pada yang 'Quddus' kita menyerah diri

Bukanlah pula kita tunggu apa bakal terjadi
Malah kita wajib berusaha untuk memperbaiki
Dengan segala amalan, doa dan muhasabah diri
Agar bahagia dan sentosa bahtera dilayari

Lumrah rumahtangga, mana yang tak pernah 'gelora'
Tapi jangan lekas sangat suka berprasangka
Suami isteri harus duduk bincang bersama
Cari jalan penyelesaian moga tambah bahagia

Isteri jangan anggap suami itu mutlak hak diri
Apa pun kemungkinan harus ditempuhi
Kalau isteri tu memang bagus semua segi
Walau kemana terbangnya suami, dia tetap makan dijari*
(* pulang kepangkuan isterilah tu)

Oleh itu buat semua para isteri
Jangan mudah sangat, sikit-sikit tunding jari
Asyik bila terjadinya poligami
100% letak salah pada suami

Buat lelaki yang berstatus suami
Kenapa cepat dan mudah fikir untuk poligami
Adakah dah sempurna semua 'bahagian' untuk isteri
Dan dah cukup kemampuan ke untuk tanggung satu lagi?

Poligami nampak seronok kerana ada lebih isteri
Walhal hidup dalam poligami macam-macam boleh jadi
Wahai para suami tolong jangan mengkhianati
Ingat, semua akan dipersoal di akhirat nanti

Waktu susah dulu isteri tua lah yang berkorban
Kerana rasa cinta tak kisah galas semua beban
Konon nak cukup 'budget' sampai sanggup kurang makan
Tergamakkah anda suami itu semua dilupakan

Sebagaimana suami begitulah perasaan isteri
Kadang terlalu penat, mana kerenah anak-anak lagi
Kalau terkurang layan, janganlah 'jengkel' diri
Namapun kongsi hidup, maka tolonglah 'rendah hati'

Bukankah suami nokhoda dalam sebuah bahtera
Kalau anak buah 'kureng' nakhoda tolonglah jaga
Jangan ikut perasaan, bahtera boleh tenggelam
Elok-elok aman, rumahtangga boleh jahanam

Wahai suami kalau betul seorang gentlemen
Nak poligami tak payah pilih perempuan mengancam
Bila nak kawin cari yang 'semua ngam
'Walhal peribadi sendiri pun selalu 'meragam'

Alasan nak kawin konon nak tolong wanita
Kalau betul niat, kawinlah mak janda yang susah
Anak-anak dia pun nak juga merasa ber'ayah
Ni tidak, asyik cari awek yang seksi muda bergetah

Masa nak poligami, baru mengaku ikut sunnah Nabi
Walhal selama hidup perangai lebih kurang zombi
Asyik menendang menerajang, menyepak sana sini
Anak dengan isteri dilayan macam abdi

Bayangkan anak-anak dari keluarga porak peranda
Tabiat yang serupa di bawa sampai dewasa
Kawin pula dengan orang yang tak berdosa
Akhirnya keturunan hancur dipalit bencana

Poligami bukan takat buat undang-undang dandilaksanakan
Sedangkan dah ada hukum pun orang tak heran
Inikan pula melibatkan moral, agama, hati dan perasaan
Poligami jadi isi berbeza untuk tiap-tiap perkahwinan

Ada yang faham hukum Allah dan mampu pula bentukkeharmonian
Walaupun berpoligami dan madu-madu tinggal berdekatan
Itu semua usaha tak habis, juga tak kenal bosan
Memohon petunjuk, hidayah dan pertolongan dari Tuhan

Ada pula taraf ustaz tapi poligami ikut nafsu setan
Ada isteri lebih 'empat' sampai jadi 'lapan'
Bayangkan nasib anak-anak yang dilahirkan
Apa pula 'taraf' dan dimana pula kedudukan

Oleh itu wahai wanita dan lelaki
Isu poligami bukan takat bincang kot gigi
Segala kefahaman ilmu Allah didalami
Baru tau apa sebenarnya itu POLIGAMI

Sebagai suami mahupun isteri
Samalah kita perbaiki diri
Kuatkan iman, bentengkan nafsu nafsi
Moga rumahtangga 'BAITI JANNATI'

Segala salah faham hendaklah diselesaikan
Usah ikut perasaan atau mana-mana hasutan
Huraikan yang kusut, lepaskan permusuhan
Rahmat Allah digapai, aman damai kehidupan

Akhirul kalam… mohon maaf sajalah
Kenapa nak marah kalau kita tak buat salah
Samada pada diri sendiri, keluarga ataupun Allah
Moga kita semua dilimpahi hidayah

No comments:

Post a Comment

nyatakan kebenaran, walaupun pahit..