Thursday, May 14, 2009

YANG PELIK TU GAK CANTIK...


Ini lah kali pertama aku belajar menghantar tulisan, hehehe,. waktu tu aku masih bekerja, kengkadang suami yang hantar, kalau dia outstation, aku kena pergi kerja sendiri, bisalah pergi sendiri naik turun bas, selalunya aku memang bawak bekalan buku atau majalah atau surat khabar, sebab aku tak suka mengelamun, tabiat aku suka membaca, kengkadang aku boleh habiskan buku 200-300 muka dlm sehari.
tapi bukan sentiasa je aku membaca, ada masa aku releks-releks je naik bas, maka banyaklah peluang mata ni merakamkan 'tragedi ngeri' hehehe... bukan ngeri kemalangan tu, tapi ngeri kerana biji mata aku tak boleh lari dari terpandang benda-benda yang patutnya tersimpan rapi... hu waaaaaaaaa...

bukan aku sengaja, ku toleh kanan ada, ku toleh kiri pun ada, kalau aku duduk.. terpaksa ku tunduk, kalau aku berdiri, sah mata aku tak dapat lari, hendak kalau aku berdiri yang duduk pula situan puteri yang perasan diri cantik bak bidadari, peritlah biji mata aku cuba berpusing kanan dan kiri, tak kan nak mendongak sepanjang masa,akhirnya jalan selamat aku akan berdiri betul-betul belakang driver, itu jelah tempat yang aku rasa ok sikit,aku ingat lagi,satu hari aku dapat idea mengomen cara perempuan sekarang berpakaian, bukanlah kata aku punya pakaian paling sempurna tapi, banyak perkara yang buat aku terpanggil untuk membebel.

so, lahirlah pantun dibawah ni, aku hantar ke satu yahoo group relexjap@yahoogroup.com masa tu berdebar jugalah aku, maklumlah pertama kali, mesti ramai yang komen dan bangkak, kata aku sendirian..

Bertudung -vs- Berfesyen

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan,
kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung
janganlah konon nak tunjuk taat

Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat
Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis

Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?
Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju

Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu
Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung

No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung
Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa

Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana
Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena

Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa
Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je

Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula
Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler

Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'
Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat

Baik tak le payah berpura nak tutup aurat
Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah

Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah
Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia

Janganlah kita mencemar kesuciannya
Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah

Mengapa diperleceh, itukan perintah
Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.
2002

No comments:

Post a Comment

nyatakan kebenaran, walaupun pahit..