yang ini aku tulis sebab masa tu adalah kononnya pihak2 yang tak gitu puas hati kat dalam forum tu, penulis2 picisan ni, kononnya lebih banyak hantar hampas dari info, jadi konon pakat minta moderator sekat kehadiran mereka, menyemak je... tapi bagi akulah, kita semua kalu berforum, kena lah sedar diri, kita semua ibarat masuk rumah orang, kalau tuan umah sendiri tak kisah, kita tetamu plak lelebih. selalu memang camtu pun. jadi ramailah yang merajuk, tak mau nak menyumbang tulisan mereka lagi.. jadi, ramai jugalah penulis tersohor dalam group tu bagi pandangan dan pendapat, termasuklah aku.. hehehe...rasanya tulisan ini masih relevan dalam kehidupan kita sampailah sekarang ni, kita sering memandang rendah kepada orang yang zahirnya seperti 'tak ada apa2, tah siapa2, tak nampak pun kejayaan nya'. walhal kengkadang orang yang lebih ilmu dah lebih hebat ini mengikut resemi padi, semakin tunduk bila berisi, yang selalunya orang yang 'tarak pe pe' yang pakai resmi lalang, semakin tinggi menjulang tapi bila angin bertiup rebahnya tak bangun.betul tak?KITA SALING MEMERLUKANPada suatu hari yg damai, seorang lelaki bangun dari pembaringannya. Dengan hati yg kurang riang, almaklum sejak dari semalam semua jari tangannya kebas2.Mungkin dari akibat terlalu lama mengapak pokok.Si lelaki ini bangun dan mencari makanan, sambil termenung memikirkan surutnya pendapatan akibat taufan yg masih lagi memberi kesan kemusnahan keatas tapak semaiannya, dia mengharapkan agar sesuatu yg baik bakal menyusul selepas kerja2 pemulihan dilakukan.Dlm mengelamun itu, dia terlena. Tika ini lah kelima2jemari mula berbual sesama sendiri.Si ibu jari “ tahukah kalian bahawa akulah yg paling penting kepada tuan kita ini" Tanya yg lain “ kenapa pula kau berkata demikian?”
“ tanpa aku, segala urusan rasmi yg melibatkan pengenalan diri tuan kita ,tidak sah, kan ke aku yg diambil copnya untuk pengesahan, kau semua mana layak!” jawab ibu jari dgn yakin.jari telunjuk pula berang “ hoi,aku lebih berkuasa dari kamu semua. Kalau tuan kita nak mengarahkan org lain utk buat kerja, dia cuma memerlukan aku sambil duduk saja, tak payah susah2” dakwa sitelunjuk dengan bangga.“Ha! Ye le kamu je yg bagus, akulah yg paling tinggi kedudukan ku antara kamu semua, dan yg tengah diapit oleh kamu semua,sudah tentulah aku yg paling istimewa,malah nama aku je dah menggerunkan” bantah si jari hantu….“hoi, dengar sini semua, kalau takat tinggi,boleh mengarah, dan diambil cop je, tapi tak kaya tak guna gak, kamu semua tahu, akulah yg paling kaya diantara kamu, lihat tuan kita tidak pernah menanggalkan cincin batu berlian ini dari badan ku, pastilah aku yg paling dia sayang dan dihargai” tukas sijari manis penuh bangga.Sejak dari tadi, jari kelingking yg berdiam diri akhirnya bersuara dgn lemah dan sayu “ sudahlah, kamu semua, tak baik kita bercakaran, walau pun aku yg paling kecil dan halus pula tu, tapi aku juga ada juga memberi kebaikan kepada tuan kita, yelah walau hanya tugas yg tidak mulia, setakat membuang kotoran dari lubang hidungnya, kalau aku tak buat dan lubang hidungnya tersumbat dia tak bernafas, lalu mati……..kita semua dah tak de fungsinya lagi” terang sikelingking penuh sayu.Begitulah kisahnya, moral :Utk ,saya dan kita semua,Kita tidak akan mampu utk mengatakan bahawa kitalah yg sebenarnya hebat dan paling bermakna dlm apa2 jua keadaan. Walaupun mungkin org lain yg mengangkat martabat kita. Malah sering terjadi yg diiktiraf tidak pula meninggi diri tapi para juak2nya pula yg terlebih senduk dari kuali. Akhirnya tempias busuk itu terpercik juga dlm piring hidang si terhormat!!!!!!Sebenarnya KITA AKAN DIHARGAI bilamana KITA TAHU MENGHARGAI insan lain, walaupun pada mata kasar sumbangan yg diberikan hanya setakat ‘sebatang pensil kayu’.Lihat pada org gila yg bersepah di mana2 dikota kita,renung kesekujur tubuh dan setiap perbuatan mereka ygkadang kala menjijikkan. Apakah yg kita dapat? Tiada?Hanya sekadar seorg manusia malang, yg tidak punya akal waras? Seorg manusia yg hilang maruah diri?Merempat? Mengutip dari tong2 sampah? Lihat lagi……..tidurnya dikaki lima…..berteman kan kotoran dan longkang busuk,nyamuk dan tikus……..eeeee…kotornya…………….Kemudian lihat pada diri sendiri ,ada apa2pengajaran yg kita perolehi? Atau kita setakat menjeling sepi pada si gila tadi. Ya Allah, bersyukur aku kehadrat mu kerana aku diberipeluang tidak jadi seperi itu…….dengan segala kenikmatan yg aku kecapi.Moral dari sigila : kita bersyukur kerana diberi kekuatan dan ketabahan utk mengharungi kehidupan dan megatasi masalah dengan baik, tidak sampai kita terlalu tertekan dan akhirnya hilang kewarasan……walauada kelukaan, atau kegagal, lalu kita merasa sayu,tapi ‘BERANILAH UTK GAGAL’ kerana kejayaan selepas kegagalan itu lebih hebat dari kita terus mengaku tewas dan berundur………bangkitlah kerana KLCC tidak dibena dlm masa sehari.Ayuh teman2, penulis kerdil, bangkitlah memberi sumbangan kerana kau juga sebenarnya beharga…walaupun tidak ramai yg mengiktirafkannya.April 25, 2003
yang ni bab Poligami, eh eh... masa memula menulis dulu rupanya aku suka berpantun seloka, eh eh.. tak sangka yek..Monogami -vs- PoligamiAssalamualaikum pemula bicaraKali ini isu POLIGAMI punya ceritaBukan main-main atau pun untuk suka-sukaMelibatkan keluarga, hidup mati dan AgamaSeorang isteri mengharapkan hanya seorang suamiTapi dalam Islam, suami boleh berpoligamiKalau tau hukum, pandai pula mengadiliDah tentu tak ada kes isteri makan hati atau digantung tak bertaliTapi yang banyak terjadi, para suami buta hatiLangsung tak menghargai semua pengorbanan si isteriDapat pula awek gebu, licin pula dahiAkal jadi pendek, hanya bertuhankan nafsu nafsiPoligami tu halal, jangan cuba dipersoalHukum Allah diguna pakai, bukan suruh dipertikaiMula kawin dulu, semua perkara 'eh! tak ada hal'Bila ada masalah, perangai macam orang kurang 'akai'Banyak faktor sebabnya poligamiJangan senang-senang asyik nak tunding jariMungkin memang ada salahnya si isteriAtau pun memang miangnya sang suamiMula-mula buat kaum isteriMarilah kita menilai diriPeribadi dan akhlak kita dikajiKalau semua o.k. Insyallah no poligamiKadang terdapat si isteri Queen QontrolSemua suami buat mesti kena lapurJadilah suami nampak cool, tapi 'menggelupur'Masuk pintu depan, pintu belakang dia bocorAda juga isteri yang alpa bab satu iniLebih mengurus hal sendiri dari melayan suamiSuami dambarkan hormat, taat dan dikasihiTapi kita 'busy' sampai dia makan hatiSibuk urus 'luaran' tapi tak jaga 'perasaan'Lelaki ni fitrahnya, lebih hendak belaianDah asyik sibuk, business dan berpersatuanSuami nak buka 'cawangan' kita mengaruk sakanAda juga isteri yang suka bentak-bentak suamiHidup nak 'high class' walhal suami cuma bawa teksiKena arah buat itu, mesti dapatkan yang iniManalah suami tak teringin kawin lagiTu pasal kekadang bila suami buka cawanganIsteri barunya bukan kelangan jelitawantapi cara belai dan layan yang menawanMacamanalah hatinya tak tertawanDiri kita dulu patut dikoreksiYang mana rasa kurang cubalah perbaikiKalau dah elok sentiasa, tingkatkan lagiMudah-mudahan rumahtangga kekal harmoniMana ada isteri yang suka poligamiKalau ada yang rela, dalam diam tetap terasa hatiNamun kita hambaNya yang sentiasa diujiHanya pada yang 'Quddus' kita menyerah diriBukanlah pula kita tunggu apa bakal terjadiMalah kita wajib berusaha untuk memperbaikiDengan segala amalan, doa dan muhasabah diriAgar bahagia dan sentosa bahtera dilayariLumrah rumahtangga, mana yang tak pernah 'gelora'Tapi jangan lekas sangat suka berprasangkaSuami isteri harus duduk bincang bersamaCari jalan penyelesaian moga tambah bahagiaIsteri jangan anggap suami itu mutlak hak diriApa pun kemungkinan harus ditempuhiKalau isteri tu memang bagus semua segiWalau kemana terbangnya suami, dia tetap makan dijari*(* pulang kepangkuan isterilah tu)Oleh itu buat semua para isteriJangan mudah sangat, sikit-sikit tunding jariAsyik bila terjadinya poligami100% letak salah pada suamiBuat lelaki yang berstatus suamiKenapa cepat dan mudah fikir untuk poligamiAdakah dah sempurna semua 'bahagian' untuk isteriDan dah cukup kemampuan ke untuk tanggung satu lagi?Poligami nampak seronok kerana ada lebih isteriWalhal hidup dalam poligami macam-macam boleh jadiWahai para suami tolong jangan mengkhianatiIngat, semua akan dipersoal di akhirat nantiWaktu susah dulu isteri tua lah yang berkorbanKerana rasa cinta tak kisah galas semua bebanKonon nak cukup 'budget' sampai sanggup kurang makanTergamakkah anda suami itu semua dilupakanSebagaimana suami begitulah perasaan isteriKadang terlalu penat, mana kerenah anak-anak lagiKalau terkurang layan, janganlah 'jengkel' diriNamapun kongsi hidup, maka tolonglah 'rendah hati'Bukankah suami nokhoda dalam sebuah bahteraKalau anak buah 'kureng' nakhoda tolonglah jagaJangan ikut perasaan, bahtera boleh tenggelamElok-elok aman, rumahtangga boleh jahanamWahai suami kalau betul seorang gentlemenNak poligami tak payah pilih perempuan mengancamBila nak kawin cari yang 'semua ngam'Walhal peribadi sendiri pun selalu 'meragam'Alasan nak kawin konon nak tolong wanitaKalau betul niat, kawinlah mak janda yang susahAnak-anak dia pun nak juga merasa ber'ayahNi tidak, asyik cari awek yang seksi muda bergetahMasa nak poligami, baru mengaku ikut sunnah NabiWalhal selama hidup perangai lebih kurang zombiAsyik menendang menerajang, menyepak sana siniAnak dengan isteri dilayan macam abdiBayangkan anak-anak dari keluarga porak perandaTabiat yang serupa di bawa sampai dewasaKawin pula dengan orang yang tak berdosaAkhirnya keturunan hancur dipalit bencanaPoligami bukan takat buat undang-undang dandilaksanakanSedangkan dah ada hukum pun orang tak heranInikan pula melibatkan moral, agama, hati dan perasaanPoligami jadi isi berbeza untuk tiap-tiap perkahwinanAda yang faham hukum Allah dan mampu pula bentukkeharmonianWalaupun berpoligami dan madu-madu tinggal berdekatanItu semua usaha tak habis, juga tak kenal bosanMemohon petunjuk, hidayah dan pertolongan dari TuhanAda pula taraf ustaz tapi poligami ikut nafsu setanAda isteri lebih 'empat' sampai jadi 'lapan'Bayangkan nasib anak-anak yang dilahirkanApa pula 'taraf' dan dimana pula kedudukanOleh itu wahai wanita dan lelakiIsu poligami bukan takat bincang kot gigiSegala kefahaman ilmu Allah didalamiBaru tau apa sebenarnya itu POLIGAMISebagai suami mahupun isteriSamalah kita perbaiki diriKuatkan iman, bentengkan nafsu nafsiMoga rumahtangga 'BAITI JANNATI'Segala salah faham hendaklah diselesaikanUsah ikut perasaan atau mana-mana hasutanHuraikan yang kusut, lepaskan permusuhanRahmat Allah digapai, aman damai kehidupanAkhirul kalam… mohon maaf sajalahKenapa nak marah kalau kita tak buat salahSamada pada diri sendiri, keluarga ataupun AllahMoga kita semua dilimpahi hidayah