
yang ini aku tulis sebab masa tu adalah kononnya pihak2 yang tak gitu puas hati kat dalam forum tu, penulis2 picisan ni, kononnya lebih banyak hantar hampas dari info, jadi konon pakat minta moderator sekat kehadiran mereka, menyemak je...
tapi bagi akulah, kita semua kalu berforum, kena lah sedar diri, kita semua ibarat masuk rumah orang, kalau tuan umah sendiri tak kisah, kita tetamu plak lelebih. selalu memang camtu pun. jadi ramailah yang merajuk, tak mau nak menyumbang tulisan mereka lagi.. jadi, ramai jugalah penulis tersohor dalam group tu bagi pandangan dan pendapat, termasuklah aku.. hehehe...
rasanya tulisan ini masih relevan dalam kehidupan kita sampailah sekarang ni, kita sering memandang rendah kepada orang yang zahirnya seperti 'tak ada apa2, tah siapa2, tak nampak pun kejayaan nya'. walhal kengkadang orang yang lebih ilmu dah lebih hebat ini mengikut resemi padi, semakin tunduk bila berisi, yang selalunya orang yang 'tarak pe pe' yang pakai resmi lalang, semakin tinggi menjulang tapi bila angin bertiup rebahnya tak bangun.
betul tak?
KITA SALING MEMERLUKAN
Pada suatu hari yg damai, seorang lelaki bangun dari pembaringannya. Dengan hati yg kurang riang, almaklum sejak dari semalam semua jari tangannya kebas2.Mungkin dari akibat terlalu lama mengapak pokok.Si lelaki ini bangun dan mencari makanan, sambil termenung memikirkan surutnya pendapatan akibat taufan yg masih lagi memberi kesan kemusnahan keatas tapak semaiannya, dia mengharapkan agar sesuatu yg baik bakal menyusul selepas kerja2 pemulihan dilakukan.
Dlm mengelamun itu, dia terlena. Tika ini lah kelima2jemari mula berbual sesama sendiri.
Si ibu jari “ tahukah kalian bahawa akulah yg paling penting kepada tuan kita ini"
Tanya yg lain “ kenapa pula kau berkata demikian?”
“ tanpa aku, segala urusan rasmi yg melibatkan pengenalan diri tuan kita ,tidak sah, kan ke aku yg diambil copnya untuk pengesahan, kau semua mana layak!” jawab ibu jari dgn yakin.
jari telunjuk pula berang “ hoi,aku lebih berkuasa dari kamu semua. Kalau tuan kita nak mengarahkan org lain utk buat kerja, dia cuma memerlukan aku sambil duduk saja, tak payah susah2” dakwa sitelunjuk dengan bangga.
“Ha! Ye le kamu je yg bagus, akulah yg paling tinggi kedudukan ku antara kamu semua, dan yg tengah diapit oleh kamu semua,sudah tentulah aku yg paling istimewa,malah nama aku je dah menggerunkan” bantah si jari hantu….
“hoi, dengar sini semua, kalau takat tinggi,boleh mengarah, dan diambil cop je, tapi tak kaya tak guna gak, kamu semua tahu, akulah yg paling kaya diantara kamu, lihat tuan kita tidak pernah menanggalkan cincin batu berlian ini dari badan ku, pastilah aku yg paling dia sayang dan dihargai” tukas sijari manis penuh bangga.
Sejak dari tadi, jari kelingking yg berdiam diri akhirnya bersuara dgn lemah dan sayu “ sudahlah, kamu semua, tak baik kita bercakaran, walau pun aku yg paling kecil dan halus pula tu, tapi aku juga ada juga memberi kebaikan kepada tuan kita, yelah walau hanya tugas yg tidak mulia, setakat membuang kotoran dari lubang hidungnya, kalau aku tak buat dan lubang hidungnya tersumbat dia tak bernafas, lalu mati……..kita semua dah tak de fungsinya lagi” terang sikelingking penuh sayu.
Begitulah kisahnya, moral :Utk ,saya dan kita semua,Kita tidak akan mampu utk mengatakan bahawa kitalah yg sebenarnya hebat dan paling bermakna dlm apa2 jua keadaan. Walaupun mungkin org lain yg mengangkat martabat kita. Malah sering terjadi yg diiktiraf tidak pula meninggi diri tapi para juak2nya pula yg terlebih senduk dari kuali. Akhirnya tempias busuk itu terpercik juga dlm piring hidang si terhormat!!!!!!
Sebenarnya KITA AKAN DIHARGAI bilamana KITA TAHU MENGHARGAI insan lain, walaupun pada mata kasar sumbangan yg diberikan hanya setakat ‘sebatang pensil kayu’.
Lihat pada org gila yg bersepah di mana2 dikota kita,renung kesekujur tubuh dan setiap perbuatan mereka ygkadang kala menjijikkan. Apakah yg kita dapat? Tiada?Hanya sekadar seorg manusia malang, yg tidak punya akal waras? Seorg manusia yg hilang maruah diri?Merempat? Mengutip dari tong2 sampah? Lihat lagi……..tidurnya dikaki lima…..berteman kan kotoran dan longkang busuk,nyamuk dan tikus……..eeeee…kotornya…………….
Kemudian lihat pada diri sendiri ,ada apa2pengajaran yg kita perolehi? Atau kita setakat menjeling sepi pada si gila tadi. Ya Allah, bersyukur aku kehadrat mu kerana aku diberipeluang tidak jadi seperi itu…….dengan segala kenikmatan yg aku kecapi.
Moral dari sigila : kita bersyukur kerana diberi kekuatan dan ketabahan utk mengharungi kehidupan dan megatasi masalah dengan baik, tidak sampai kita terlalu tertekan dan akhirnya hilang kewarasan……walauada kelukaan, atau kegagal, lalu kita merasa sayu,tapi ‘BERANILAH UTK GAGAL’ kerana kejayaan selepas kegagalan itu lebih hebat dari kita terus mengaku tewas dan berundur………bangkitlah kerana KLCC tidak dibena dlm masa sehari.
Ayuh teman2, penulis kerdil, bangkitlah memberi sumbangan kerana kau juga sebenarnya beharga…walaupun tidak ramai yg mengiktirafkannya.
April 25, 2003
No comments:
Post a Comment
nyatakan kebenaran, walaupun pahit..